Saturday, February 5, 2011

Penyokong Hosni serang wartawan

KAHERAH: Wartawan asing yang membuat liputan kekacauan politik Mesir menjadi sasaran serangan penyokong kerajaan dalam rusuhan semalam.

Mereka dipukul dengan kayu dan ditumbuk sementara lebih 20 ditangkap oleh pasukan keselamatan.


Wartawan berkenaan melaporkan mereka menjadi sasaran serangan penunjuk perasaan pro-Presiden Hosni Mubarak di Medan Tahrir, tempat berlakunya pertempuran sengit antara kumpulan itu dengan kumpulan penentang yang menuntut beliau meletak jawatan selepas 30 tahun memerintah.

Kerajaan Mesir menuduh media bersimpati terhadap penunjuk perasaan yang mahukan Hosni meletak jawatan sekarang dan bukan sehingga penggal perkhidmatannya tamat Ogos.


Antara mereka yang ditahan ialah koresponden The New York Times, Washington Post dan Al-Jazeera.


Pertubuhan hak asasi manusia juga menjadi sasaran.

Beberapa kumpulan itu berkata, ramai aktivisnya ditangkap selepas serbuan yang dilakukan oleh polis tentera terhadap sebuah pusat perundangan di Kaherah. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenyokongHosniserangwartawan/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...