TEHERAN: Presiden Mesir Hosni Mubarak adalah hamba Israel dan Amerika Syarikat, kata Pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam khutbah Jumaat, semalam.
“Selama 30 tahun negara ini (Mesir) diperintah seseorang yang tidak memperjuangkan kebebasan dan musuh kepada mereka yang memperjuangkan kebebasan,” kata Ali.
“Beliau bukan saja tidak antiZionis tetapi beliau adalah teman, rakan dan hamba kepada Zionis. Hakikatnya, Hosni Mubarak yang menjadi hamba kepada AS tidak mampu membawa Mesir ke arah kemakmuran,” kata Ali yang mendakwa Israel adalah negara paling bimbang mengenai revolusi rakyat Arab.
“Hari ini Israel dan Zionis adalah pihak yang paling dilanda kebimbangan terhadap kejadian yang berlaku kerana mereka tahu jika Mesir berhenti menjadi sekutu mereka dan mengambil tindakan yang wajar, maka keadaan akan berubah di rantau Arab,” katanya lagi. - AFP
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Iran_PresidenMesirhambaIsrael_AS/Article/index_html
No comments:
Post a Comment