JITRA: “Akibat sering didera, saya nekad melarikan diri dengan menumpang di rumah kakak. Saya tidak tahan dengan perangainya apabila sering menuduh saya bermain kayu tiga,” kata seorang jururawat yang menjadi mangsa dera suaminya sejak setahun lalu di Taman Pasu, di sini, semalam.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Fadzilah, 37, berkata, suaminya seorang tentera berusia 37 tahun mula berperangai pelik Mei lalu apabila sering menuduhnya menjalinkan percintaan dengan lelaki lain.
Katanya, penderaan bermula pada 27 Mei lalu apabila suaminya yang baru pulang daripada kerja kira-kira jam 12.30 tengah malam menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain walaupun sebelum ini suaminya tidak pernah berkelakuan sebegitu sejak mereka berkahwin pada 2007.
Menurutnya, suaminya yang ketika itu keadaan marah menarik tangannya lalu menghempasnya ke katil tanpa menyedari kepalanya terkena bucu katil di dalam bilik tidur menyebabkannya cedera di kepala dan lebam di bahagian lengan.
Katanya, dia melarikan diri ke bilik air lalu mengunci pintu, namun dikejar suaminya yang memecahkan pintu sebelum mengheretnya keluar.
“Itu penderaan pertama, selepas itu dia bertindak lebih ganas dan sekali lagi mendera saya dua bulan kemudian,” katanya.
Malah, katanya, dia pernah dikurung di rumah daripada ke tempat kerjanya kerana suaminya enggan membenarkannya berjumpa lelaki yang dikatakan menjalinkan hubungan dengannya. Akibatnya, mangsa mengalami tekanan perasaan dan gangguan mental. Mangsa juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada 28 Mei tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaluddin Hamenudin ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan.
Sementara itu, kakak mangsa dikenali sebagai Faezah, 40, pemilik premis refleksologi berkata, suspek sering datang ke rumahnya untuk memujuk adiknya kembali ke pangkuannya, namun kerana takut didera adiknya menolak menyebabkan suspek kini bertindak di luar batasan.
Katanya, adik iparnya juga mengekori isterinya setiap kali mangsa pergi dan pulang dari tempat kerjanya.
“Beberapa minggu lalu suspek menggunakan bomoh dengan meletakkan minyak pengasih pada kereta saya dan sekeliling rumah,” katanya.
apabila saya menjumpai kesan palitan minyak pengasih itu,” katanya.
“Dia juga kerap mengganggu saya sekeluarga dengan mengintip melalui tingkap rumah pada waktu malam untuk mengetahui keadaan isterinya, malah memanjat pokok ceri berhampiran rumah dan cuba mengintip kami menggunakan teropong,” katanya.
Menurut Faezah, pernah suatu hari kerana tidak tahan diintip, anak sulungnya, Hamie Syazwan, 15 bertindak mengejarnya menyebabkan suspek melarikan diri.
"Beberapa minggu lalu suspek turut menggunakan bomoh bagi mendapatkan kembali isterinya dengan meletakkan minyak pengasih pada kereta saya dan sekeliling rumah apabila saya menjumpai kesan palitan minyak pengasih itu," katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dideraselepasdituduhcurang/Article/index_html
No comments:
Post a Comment