Thursday, February 10, 2011

'TERAJU mesti berkuasa seperti PEMANDU'

'TERAJU mesti berkuasa seperti PEMANDU'
Feb 8, 11 4:41pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyambut baik penubuhan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), tetapi berharap agensi itu mempunyai kuasa seperti Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

NONE"PERKASA berharap TERAJU akan dipimpin oleh Melayu yang bersemangat Melayu tulen, bersih dan telus serta ada kuasa seperti PEMANDU," kata Presiden PERKASA Ibrahim Ali (kanan).

Datuk Seri Najib Razak hari ini dilaporkan melancarkan TERAJU bagi memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana menteri berkata agensi yang dipimpin Husni Salleh sebagai ketua pegawai eksekutif itu akan berfungsi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Dalam kenyataannya petang ini, Ibrahim juga berkata, tindakan kerajaan itu selaras Dengan resolusi meja bulat perbincangan ekonomi bumiputra sebelum ini yang mencadangkan supaya diwujudkan jawatankuasa penyelaras seakan PEMANDU.

"PERKASA menegaskan sekali lagi agenda ekonomi bumiputera hendaklah menjadi agenda ekonomi negara kerana ia kepentingan nasional.

"Yang dituntut oleh umat Melayu dan Bumiputera ialah kesaksamaan stake ekonomi negara yang adil untuk semua kaum," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

http://malaysiakini.com/news/155507

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...