Thursday, February 10, 2011

Kelantan beri jaminan tidak naik tarif air

KOTA BAHARU: Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika memberikan jaminan itu berkata kerajaan negeri sepatutnya menaikkan tarif air pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun selepas mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan beberapa barangan lain antaranya petrol, kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan menaikkan tarif air, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Menteri Besar bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tempoh jaminan

kerajaan negeri untuk tidak menaikkan tarif air itu.

"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan tarif air, walaupun kita mengakui bahawa kita memikul bebanan yang berat kerana untuk pam air ke tangki memerlukan penggunaan elektrik dan untuk menyalurkan bekalan air yang bersih perlu menggunakan klorin, yang kos kedua-duanya juga meningkat," katanya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Kelantanberijaminantidaknaiktarifair/Article

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...