Friday, February 4, 2011

Internet di Kaherah mula pulih secara berperingkat

KAHERAH: Perkhidmatan Internet kembali pulih di sesetengah tempat di Kaherah selepas dihentikan sejak lima hari lalu ketika kerajaan Hosni Mubarak berdepan protes meluas rakyat negara itu.

Empat syarikat penyedia perkhidmatan Internet utama Mesir didapati memotong talian pada jam 10.34 malam Khamis (6.34 pagi waktu Malaysia), dua hari selepas protes anti-Hosni tercetus.


Gangguan itu - dipercayai atas arahan kerajaan - dilakukan hampir serentak pada waktu berkenaan.

Ia dibuat bagi menghalang kebangkitan rakyat Mesir kerana kebanyakan gerakan itu diselaras melalui Internet, terutama menggunakan laman sesawang sosial Twitter dan Facebook. - AFP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/InternetdiKaherahmulapulihsecaraberperingkat/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...