Friday, February 4, 2011

PM baru Jordan mula berunding cari jalan bentuk Kabinet

AMMAN: Perdana Menteri Jordan yang baru dilantik, Maruf Bakhit, mula berunding untuk membentuk kerajaan baru dan memulakan reformasi serta memenuhi desakan rakyat yang kini bangkit di jalanan.

Proses itu diadakan walaupun Maruf berdepan dengan bantahan kumpulan Islam di luar kerajaan.


Sumber berkata, Maruf akan bertemu dengan Pengerusi Senat, Taher Masri, dan Speaker Dewan Rendah Jordan, Faisal Fayez, serta ahli Parlimen.

“Perdana menteri juga akan berbincang dengan semua parti politik, terutama pemimpin Islam serta kesatuan sekerja,” katanya.


Jika perbincangan itu berjalan lancar, kata sumber terbabit, Maruf akan mengumumkan kerajaan baru pada Sabtu atau Ahad.


Kelmarin, Raja Abdullah II menamakan Maruf, 64, sebagai perdana menteri baru menggantikan Kabinet Samir Rifai, 43, yang dipecat ekoran protes rakyat Jordan yang mahukan pembaharuan politik dan ekonomi dilakukan di negara itu.

Kata sumber terbabit, Maruf juga mahu menyiasat semua kes rasuah yang disyaki berlaku, termasuk ketika dia menjadi perdana menteri Jordan di antara 2005 dan 2007. - AFP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PMbaruJordanmulaberundingcarijalanbentukKabinet/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...