Friday, March 25, 2011

Chegubard yakin lelaki dalam video bukan Anwar

Salhan K Ahmad
Mac 24, 11
4:35pm


Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin berkata beliau telah menonton video lucah yang didakwa memaparkan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBagaimanapun, Badrul Hisham yang lebih dikenali dengan panggilan Chegubard berkata beliau yakin bahawa individu yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukanlah Anwar.

"Video tersebut mungkin saja asal, tetapi pelakon dalam video tersebut saya yakin bukan Anwar.

"Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat perwatakan atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar," katanya dalam satu sidang media petang ini.

Menurutnya, beliau menonton video berkenaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Isnin lalu.

NONEBeliau pergi ke hotel berkenaan atas jemputan seorang lelaki yang dinamakannya sebagai Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada (presiden parti) Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail," katanya lagi.

Katanya, beliau juga dipanggil agar dapat mendesak Wan Azizah dan Anwar supaya berhenti daripada mengetuai PKR dan meninggalkan politik.

Berpura-pura

"Untuk tujuan mendapatkan video itu, saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang diberitahu kepada saya mengenai video tersebut," katanya.

Menurutnya beliau telah diminta memberi persetujuan untuk menjadi orang tengah bagi membawa video berkenan kepada Wan Azizah.

"Walau bagaimanapun. ia terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah," katanya.

azlanBadrul Hisham juga berkata, beliau telah menonton video itu sebanyak dua kali bersama Eskay dan juga seorang lagi yang dinamakannya sebagai bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik.

"Semasa itu Datuk (Eskay) memberi penerangan mengenai video tersebut.

"Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23 Mac.

"Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristighfar seolah inilah kali pertama menonton," kata Badrul Hisham lagi.


http://malaysiakini.com/news/159573

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...