Sunday, March 27, 2011

Sesi penerangan, protes calon pro-M 'digantung'

Abdul Rahim Sabri
Mac 25, 11
12:37pm

Kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) Univerisiti Malaya (UM) akan mengadakan satu sesi penerangan hari ini berhubung hukuman penggantungan pengajian satu semester ke atas dua calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya raya kampus bulan lalu.

Sesi penerangan itu akan diadakan di Surau Akademi Pengajian Islam (API) UM selepas solat Jumaat, dan diikuti dengan satu sidang media.

universiti malaya pro m students pc on missing candidate 200211 1Selain itu, kira-kira 200 penyokong pro-M dijangka berhimpun di surau berkenaan untuk membantah hukuman ke atas dua pelajar terbabit.

Hukuman tersebut yang dijatuhkan oleh Jawatankuasa Tatatertib UM semalam ke atas Tan Tiong Yih (kanan) dan Yeong Lee Kee berkuatkuasa serta-merta.

Ini ekoran kedua-dua mereka didakwa memalsukan surat cuti sakit bagi menghadiri kursus persiapan calon bagi melayakkan mereka bertanding dalam pilihan raya kampus Februari lalu.

Tan menang kerusi umum, manakala Yeong kalah bagi kerusi fakulti sastera dan sain sosial.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Syahid Mohd Zaini berkata selain digantung, mereka turut diberi amaran dan masing-masing didenda RM200.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Mohd Syahid berkata sesi penerangan itu diadakan untuk tujuan “mendidik” mahasiswa berhubung perkara tersebut.

Peperiksaan semakin dekat

Mengenai perhimpunan tersebut, pengerusi Pro-M Nasional Mohd Taufiq Abdul berkata kira-kira 200 penyokong pro-M dijangka menyertainya di tempat yang sama.

Katanya, pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) juga dijangka hadir di perhimpunan tersebut.

gan zhi jie syed shafiq syed hashim and mohd taufiq abdulMenurut Mohd Taufiq (kanan sekali), kedua-dua pelajar tersebut akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari dari tempoh keputusan dibuat.

“Kami berharap pihak universiti mempertimbangkan rayuan mereka. Cukuplah sekadar memberi amaran, memandangkan ia adalah kesalahan pertama mereka.

“Sekarang pengajian sudah habis, dan peperiksaan pun semakin dekat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dalam kenyataannya medianya, pro-M menyifatkan tindakan tatatertib itu tidak wajar kerana memberikan tekanan kepada kepada pelajar dan keluarganya.

"Pihak mahasiswa juga mendesak agar pihak universiti tidak memakai pakaian diktator dan mengambil sikap kuku besi terhadap mahasiswa," kenyataan itu dipetik.

Mereka berpendapat tindakan terhadap Tiong dan Yeong itu dibuat mengikut "klausa yang dianggap terlalu subjektif dan boleh dimanipulasi'.


http://malaysiakini.com/news/159633

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...