Sunday, March 27, 2011

Soi Lek & RTC pun terlibat seks haram

Posted by admin on March 27th, 2011

Ahli Parlimen Batu Tian Chua menegaskan bahawa Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) tidak layak bercakap soal moral dan integriti kerana beliau sendiri mengaku melakukan perhubungan seks haram bersama rakan wanita yang dirakamkan dalam video. Naib Presiden PKR itu membidas kenyataan Chua dalam akhbar The Star semalam menggesa supaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau (Anwar) bukanlah si pelaku dalam video seks yang didalangi oleh Datuk T.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Tian Chua berkata, “saya pasti rakyat Malaysia turut sama berkongsi rasa mual apabila seorang ahli politik yang mempunyai rekod kurang moral yang diketahui umum cuba memberi komen mengenai moral dan integriti.

“Seluruh rakyat Malaysia arif tentang skandal seks yang melibatkan Soi Lek dan dia sendiri mengakui bahawa dia menjalinkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan seorang wanita dan dirakam dalam video,” katanya.

Menurut beliau, perancangan Umno untuk memfitnah Ketua Umum PKR melalui video seks terbaru semakin ditolak rakyat apabila individu-individu yang telah dibuktikan terbabit dalam skandal seks sebelum ini tampil untuk menjadi juara moral dan integriti.

“Rabu lalu ramai rakyat Malaysia ketawa apabila mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik yang terpaksa meletakkan jawatan politik kerana terbabit dalam kes rogol kanak-kanak bawah umur muncul kononnya untuk memastikan bakal pemimpin negara mempunyai moral.

“Hakikatnya, individu-individu ini tidak layak untuk bercakap mengenai moral dan integriti. Mereka juga tidak wajar dibenarkan menukar prinsip keadilan bahawa yang menuduh perlu membawa bukti dan seseorang itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya.

Ujar Tian Chua, “kenyataan Soi Lek semalam secara jelas ingin meletakkan beban bukti kepada Anwar sedangkan kumpulan yang menuduh beliau mempunyai rekod yang buruk di dalam politik.

“Kalau benar individu-individu ini mahu bersyarah mengenai moral, maka mereka perlu menunjukkan teladan yang baik kepada pimpinan muda dan rakyat Malaysia,” terangnya.

“Oleh itu, saya mengulangi desakan yang telah dibuat oleh rakan-rakan saya supaya, Soi Lek meletakkan semua jawatan politik dan bersara terus sebagai tanda dia insaf selepas skandal seksnya tersebar luas.

Kenyataan itu memetik seruan Dr Chua, Presiden MCA, supaya Anwar membuktikan bahawa beliau bukanlah si pelaku dalam video.

Abdul Rahim (gambar kiri) merupakan bekas ketua menteri Melaka dan bekas ketua Pemuda Umno manakala Dr Chua pula melepaskan jawatan naib presiden MCA dan menteri kesihatan tiga tahun lalu sebelum dipilih semula sebagai presiden MCA awal tahun lalu.

“Saya juga menyeru supaya Rahim meletakkan semua jawatan dalam kerajaan terutamanya sebagai Pengerusi Risda keranapenglibatannya dengan kes rogol kanak-kanak bawah umur masih kekal dalam ingatan rakyat sehingga kini.

“Jika Datuk Seri Chua tidak sanggup menunjukkan teladan yang baik, dia tidak wajar campur tangan dalam skandal video seks yang didalangi Umno ini kerana rekod moralnya sangat memualkan,” katanya dalam reaksi berhubung “perang kenyataan” dalam isu semasa ekoran pendedahan rakaman video seks melibatkan Anwar Isnin lalu.

KL-Today.com


http://www.kl-today.com/?p=15673

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...