Thursday, June 16, 2011

Elektrik: K'jaan didakwa sembunyi 'kesan berantai'

Elektrik: K'jaan didakwa sembunyi 'kesan berantai'
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 1, 11
4:55pm

PAS menuduh kerajaan cuba "bermain silap mata" dalam isu kenaikkan tarif elektrik apabila cuba menyembunyikan 'kesan berantai' peningkatan kos harga barang kepada pengguna.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad secara sinis berkata, menjadi kebiasaan kepada pemimpin berhujah bahawa rakyat bawahan tidak terjejas setiap kali berlaku kenaikan harga barang.

pas muktamar 130610 idris ahmad"Hujah mereka kenaikkan tarif baru hanya membabitkan industri, tidak melibatkan pengguna biasa.

"Sedangkan kenaikan tarif akan terbeban kepada rakyat walaupun bil elektrik di rumah tidak naik, tetapi barang keperluan akan naik," kata Idris.

Isnin lalu, kerajaan mengumumkan kenaikkan tarif elektrik dengan purata sebanyak 7.12 peratus sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi yang berkuatkuasa hari ini.

Idris juga mengetengahkan semula pandangan ketua ekonomi Ratings Agency Malaysia Yeah Kim Leng yang berpendapat harga barang makanan akan turut meningkat ekoran kenaikan tarif elektrik.

Menurut analisis Yeah, walaupun 75 peratus isi rumah terlepas daripada kesan langsung kenaikkan tarif elektrik, rakyat tetap memikul beban apabila pengeluar memindahkan kos yang lebih tinggi kepada pengguna.

http://malaysiakini.com/news/165750

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...