Thursday, June 16, 2011

Pendedahan PPA: TNB terus mengelak...

Pendedahan PPA: TNB terus mengelak...
Jun 8, 11 1:34pm

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengelakkan diri daripada menjelaskan kedudukannya dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai dengan pengeluar tenaga bebas (IPP).

tenaga nasional and electricity 031208Dalam reaksinya kepada soalan wartawan, jabatan perhubungan korporat TNB hanya berkata pihaknya tidak dapat memberikan sebarang komen dan merujuk Malaysiakini kepada Unit Perancangan Ekonomi, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Semalam, Persatuan Pengeluar Tenaga Bebas dalam satu kenyataan menafikan mereka mendapat manfaat daripada subsidi gas dan berkata harga yang dibilkan ditentukan mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ia meminta rakyat supaya “rasional dan objektif” dan membabitkan mereka melalui dialog.

Sebelum ini dipercayai PPA di bawah bidang kuasa EPU, namun ia dinafikan oleh kerajaan yang menyatakan ia adalah perjanjian yang dimeterai oleh entiti swasta.

azlanPerjanjian berkenaan dikatakan terikat dengan klausa yang ia tidak boleh didedahkan dan telah lama dibidas kerana disifatkan berat sebelah dan memihak IPP.

Semalam, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir berkata butirannya boleh dibekalkan kepada ahli parlimen jika isu itu ditimbulkan di Dewan Rakyat tetapi tidak boleh dimaklumkan kepada orang ramai.

Sikap ingin tahu orang ramai mengenai kandungan PPA itu semakin memuncak apabila kerajaan memutuskan untuk mengurangkan subsidi ke atas pelbagai barangan dan perkhidmatan.

Harga gas akan naik sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga Disember 2015, dan kemudiannya ia akan diapungkan mengikut harga pasaran mulai 2016.



http://malaysiakini.com/news/166343

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...