Jun 15, 11
10:41am
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenyah siber menerima reaksi negatif.
Mengulas ancaman sesetengah pihak untuk menggodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata penggodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.
"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan,” katanya.
Ahad lalu sekumpulan penggodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.
Rais berkata kumpulan luar negara yang dikenali "Anonymous" yang mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.
"Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.
Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.
No comments:
Post a Comment