Jun 13, 11
1:19pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengulangi perkara ini pasa sesi soalan Dewan Rakyat, pagi ini.
Perkara itu ditimbulkan oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) kerana ramai pelajar yang merungut gagal mendapatkan biasiswa JPA di sebalik memperolehi keputusan cemerlang.
Soalan yang sama diajukan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang ingin tahu bagaimana kerajaan mendakwa pihaknya telus apabila tidak ada sesiapa yang mengetahui mengenai kelayakan penerima biasiswa berkenaan.
"Adalah juga menjadi dasar kerajaan untuk tidak mendedahkan senarai penerima biasiswa dan markah merit yang mereka peroleh kepada umum untuk memelihara kerahsiaan dan hak individu tersebut," kata Nazri.
Beliau mengulangi bahawa kerajaan telah memperuntukkan 1,500 biasiswa untuk pengajian peringkat ijazah di luar negara, 2,500 untuk program ijazah tempatan dan swasta dan 8,000 lagi kursus diploma yang boleh diteruskan ke peringkat ijazah.
Kekeliruan
"Terdapat juga kekeliruan di kalangan masyarakat yang menyangka bahawa JPA turut menawarkan tempat atau kursus pengajian di samping penajaan.
"Pada hakikatnya, JPA hanya menawarkan penajaan manakala tempat atau kursus bagi pengajian di matrikulasi dan universiti dalam negara ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi," katanya.
Nazri juga menolak dakwaan berlakunya salah guna kuasa yang ditimbulkan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berhubung pengagihan biasiswa.
“Tiada alasan konkrit salah guna kuasa dalam pemberian biasiswa. Hakikatnya ia dilaksanakan secara telus dan teratur seperti yang diarahkan oleh kabinet pada keputusan yang dibuat pada 14 Januari 2009.”
Nazri menjelaskan bahawa antara faktor yang menyebabkan ramai pelajar cemerlang tidak berjaya ditawarkan penajaan ke luar negara adalah kerana bilangan pelajar cemerlang yang semakin bertambah dan penajaan yang terhad mengikut kemampuan kewangan kerajaan.
"Ramai juga pelajar cemerlang memilih bidang yang popular seperti perubatan dan kejuruteraan berbanding bidang yang kurang dipohon seperti sastera dan sains turut menyebabkan mereka gagal ditawarkan penajaan ke luar negara kerana ia mengikut keperluan guna tenaga sektor awam dan negara.
"JPA akan sentiasa mengkaji semula dan menambah baik dasar sedia ada untuk pelaksanaan pada tahun akan datang bagi menangani isu pemberian biasiswa ini yang bangkit setiap tahun," katanya.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/166728
No comments:
Post a Comment