Thursday, June 16, 2011

Penggabungan RHB: 'Najib mesti bertanggungjawab'

Penggabungan RHB: 'Najib mesti bertanggungjawab'
Jun 12, 11 10:16pm

DAP meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan mengapa Bank Negara begitu mendesak penggabungan RHB dengan salah sebuah daripada dua bank terbesar di Malaysia, sedangkan tindakan tersebut akan menyebabkan aliran keluar pertukaran asing dan mewujudkan monopoli tidak sihat.

NONEPemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata Najib patut membuat
kenyataan di Parlimen esok mengenai rasional dan status kelulusan Bank Negara tentang penggabungan antara RHB Capital dengan sama ada Maybank atau Kumpulan CIMB untuk mewujudkan bank terbesar di Asia Tenggara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, prinsip asas dan persoalan mengenai sikap mendesak Bank Negara bagi penggabungan korporat terbesar di negara ini, perlu ditanya dan diperjelaskan.

Ahli parlimen Ipoh Timor itu merujuk kepada komen dalam akhbar The Sun semalam yang menyifatkan persetujuan Bank Negara bagi penggabungan RHB sebagai satu langkah yang berpotensi memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

rhb rashid hussein bank headquaters hq 160307Lim berkata adalah membimbangkan penggabungan tersebut akan
mengakibatkan pembayaran besar kepada pemegang saham asing RHB - Abu Dhabi Commercial Bank RHB (ADCB) - yang menjual 25 peratus pegangannya dalam RHB Capital, dan menjurus aliran keluar pertukaran asing dari negara ini.


“Persaingan antara dua pembida hanya membantu melonjakkan pasaran saham RHB Capital lebih tinggi, kepada rekod tertinggi dalam 14 tahun - RM10.40 sesaham - pada 1 Jun, berbanding dengan nilai bukunya RM4.79 sesaham.

“Siapakah sebenarnya mendapat keuntungan daripada proses itu? Apa baiknya kepada rakyat Malaysia?” soal beliau.



http://malaysiakini.com/news/166700

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...