Monday, June 27, 2011

Ibrahim 'bangga' dengan desakan beliau ditangkap

Ibrahim 'bangga' dengan desakan beliau ditangkap
Jun 21, 11 3:30pm


“Saya merasa sungguh hebat,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas bidasan yang diterimanya daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mahu beliau diheret ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.

NONEDalam kenyataan mediannya menerusi SMS, Ibrahim berkata beliau menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang membidasnya hanya berdasarkan laporan sebuah portal berita.

“Mereka tidak peduli semak apa kenyataan bermaksud saya kata masa sidang akhbar... yang penting ada peluang mereka mahu belasah saya.

“Bagi Lim Lim Kit Siang tidak ada apa nak dihairankan. Bagi dia, saya ibarat lembu tua yang kalau direbus pun tidak lembut lagi... Manakala Malaysian Insider cari Khairy untuk kecam saya sebab kita tahu hubungan mereka,” kata Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas.

Di Dewan Rakyat, semalam, Khairy menganggap amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya.”

NONELim pula mencabar kerajaan di Parlimen yang didakwa gagal bertindak berhubung ugutan Ibrahim untuk melancarkan perang jihad menentang orang Kristian.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee pula menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan ke atas Ibrahim berhubung kenyataannya pada Ahad lalu.

Menurut Ibrahim beliau sanggup berjuang seorang diri jika komen tiada ahli-ahli parlimen Melayu yang menyokongnya.

“Saya juga tidak mengharap ahli-ahli parlimen Melayu yang lain sokong saya. Seorang saya pun, saya boleh berjuang,” katanya.

NONESementara itu, setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali membidas Majlis Peguam yang mengecam kumpulan pendesak Melayu itu kerana bertindak memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.

“PERKASA nak tanya Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yg buat kenyataan itu, mengapa bila ada pihak lain membakar gambar seorang Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain penulis buku Interlok, Majlis Peguam tidak pernah kritik atau kecam mereka.

“Mengapa bila bakar gambar org Melayu, Majlis Peguam diam seribu bahasa? Apakah jika kena kepada pihak Melayu, Majlis Peguam akan perlu bising dan kaum lain diamkan saja?” soalnya juga menerusi kenyataan media SMS yang dihantar kepada Malaysiakini.

NONEMenurut Syed Ali, PERKASA juga mahu Majlis Peguam bertindak ke atas Ambiga kerana menghasut rakyat berhimpun di jalanraya.

“Bukan ke Chee Wee tahu BERSIH tidak mendapat permit dan Chee Wee juga tahu Ambiga terus menghasut rakyat turun ke jalan raya. Bukankah itu satu hasutan dan ia juga melanggar undang-undang negara?

“Jadi mengapa hanya salahkan Ibrahim seorang? Apakah Majlis Peguam memilih bulu? Apakah Majlis Peguam satu NGO memihak-mihak?” katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167579

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...