Monday, June 27, 2011

Kami buat kesilapan besar, kata bos Lynas

Kami buat kesilapan besar, kata bos Lynas
Jun 23, 11 12:31pm


Bos Lynas Nicholas Curtis mengaku bahawa syarikatnya telah membuat kesilapan kerana gagal memberi penjelasan secukupnya kepada penduduk di Kuantan berhubung kebimbangan mereka terhadap sisa radioaktif dari loji nadir bumi syarikat tersebut.

NONE"Kami membuat satu kesilapan, dan ia satu kesilapan besar, kerana
memikirkan, kami telah memenuhi standard keselamatan) Malaysia, maka ianya sudah mencukupi. Ia tak cukup. Kewajipan kami ialah untuk terus memberi penjelasan kepada penduduk di Kuantan."

Pengakuan ketua Lynas itu dibuat ekoran bantahan keras terhadap operasi loji syarikat tersebut, yang sedang dibina di Kawasan Industri Gebeng, kira-kira 50km dari Kuantan. Loji bernilai RM700 juta itu dijadual siap akhir September ini.

"Saya menghormati bahawa emosi sangat tinggi, tetapi ianya satu emosi, bukan fakta," kata Curtis. Menurutnya, penentang projek tersebut telah "memainkan cerita emosi untuk keuntungan politik".

Ia mungkin sedikit terlewat, tetapi bos Lynas itu berazam untuk berdepan dengan penduduk Kuantan yang skeptikal terhadap loji tersebut.

"Satu-satunya cara untuk kami redakan emosi tersebut ialah dengan
membetulkan kesilapan tidak memberi penjelasan secukupnya," kata Curtis sambil menyatakan kesediaannya untuk mengadakan dialog dengan penduduk terbabit.

Curtis berada di Kuala Lumpur minggu ini dan bertemu dengan editor media arus perdana dan media alternatif, termasuk Malaysiakini.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh - salah seorang penentang kuat projek tersebut - pada 1 Julai.

Kemaman juga satu kesilapan

Curtis menolak tanggapan bahawa loji tersebut tidak dibina di Australia, tempat lokasi lombong nadir bumi, kerana bantahan rakyat di sana.

NONE"Adakah anda mempunyai buktinya?... ianya tak benar. Kami menjalankan perniagaan global.

"Kami mempunyai sebuah lombong (Mount Weld di Australia Barat). Tetapi deposit bijih ialah 800km dari di mana-mana saja. Kami tidak dapat membina satu loji kimia yang besar di tengah-tengah padang pasir. Kita perlu menerbangkan orang keluar masuk, dan kos purata pekerja kami adalah sangat tinggi.

"Kami boleh membinanya di pantai barat Australia. Tetapi adakah itu cara terbaik untuk memproses bahan tersebut? Jawapan adalah tidak. Saya tidak menjual satu gram pun bahan kami di Australia. Semua yang kami jual ialah sama ada ke Jepun, Amerika Syarikat atau Eropah."

Curtis mengaku bahawa beliau terkejut dengan bantahan keras terhadap pembinaan loji berkenaan, yang muncul awal tahun ini.

NONEMenurut beliau, ini dicetuskan oleh insiden kebocoran loji nuklear
Fukushima di Jepun, serta ditambah pula dengan pengalaman pahit Malaysia dengan loji nadir bumi yang bermasalah di Bukit Merah 20 tahun lepas.

Terdapat satu lagi faktor yang tidak disebut - iklim politik menjelang pilihan raya umum. Loji tersebut juga terletak dalam negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Curtis juga mengakui membuat satu lagi kesilapan - Lynas pada mulanya merancang untuk membina loji pemprosesan nadir bumi di Kemaman, Terengganu.

"Kemaman sangat terpencil. Gebeng adalah lokasi yang betul," tambahnya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167786

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...