Abdul Rahim Sabri
Jun 19, 11
9:11am
Jun 19, 11
9:11am
Kejayaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) di Turki pada pilihan raya umum negara itu minggu lalu terletak pada kepercayaan kepimpinan parti itu kepada anak muda untuk mengetuai kempen pilihan raya, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.
Justeru, katanya, pemuda PKR - AMK harus bersedia memikul tanggungjawab berkenaan dalam usaha Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Rahsia kejayaannya adalah organisasi parti yang baik. Kempen mereka tidak ubah seperi malam ini, ada ucapan dan ada nyanyian.
"Ada nampak gayanya (malam ini), (Kita) ada ciri-ciri ni," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada anggota AMK.
Sebelum beliau berucap, majlis ucapan dan amanat diselang-selikan dengan persembahan penyanyi nyanyian solo dan berkumpulan jemputan serta majlis deklamasi sajak bagi menghiburkan anggota AMK.
Selain itu, menurut Saifuddin antara lain faktor kejayaan AKP adalah sifat karismatik yang ada Perdana Menteri negara itu Raccip Tayyeb Erdogan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara itu yang bebas dan dan adil.
Beliau juga menyarankan tiga kemahiran asas yang perlu dikuasai anggota AMK demi memastikan masa depan anak muda di negara ini.
Tiga kemahiran tersebut adalah menguasai skil berkomunikasi, menjadi pengajur dan mampu membuat kerahan anggota dengan baik.
Menurut Saifuddin, beliau mengetuai dua lagi ahli parlimen PKR - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Datuk Johari Abdul (Sungai Petani) bagi memantau dan mengamati pilihan raya di Turki itu.
Kesimpulan yang dibuat adalah antara rahsia kemenangan besar parti itu adalah kepercayaan kepimpinan AKP kepada anak muda.
"Ketua kempen bahagian strategisnya adalah seorang anak muda yang berumur 33 tahun.
"Bagi setiap jentera (kempen) parti, tujuh daripada sepuluh adalah terdiri daripada anak muda. Mereka adalah ketua bahagian strategis media," katanya.
Menurutnya, beliau sempat menemubual mereka bertanyakan mengenai latar belakang termasuk kelayakan pendidikan mereka.
Katanya, ada di kalangan mereka yang mendapat pendidikan di luar negara antaranya dari England dan kemudiannya melanjutkan pelajaran universiti di negara itu.
Bercakap di hadapan kira-kira 500 aggota AMK dalam majlis Rapat Anak Muda 13.0 di Shah Alam, Saifuddin berkata jentera anak muda itu ditugaskan berkempen untuk memenangkan calon AKP.
Pada pilihan raya umum itu, sebanyak 550 kerusi yang dipertandingkan dan AKP menang 326 kerusi parlimen atau 49.95 peratus undi.
Manakala Parti Republik Rakyat (CHP) memperolehi 135 kerusi atau 25.94 peratus undi, Parti Tindakan Nationalis (MHP) mendapat 53 kerusi (12.98 peratus) dan Parti Keamanan dan Demokrasi (BDP) meraih 36 kerusi (6.58 peratus).

Saifuddin berkata daripada 550 kerusi parlimen yang ditandingi, AKP meletakkan 84 calon wanita. Mereka menang 47 daripada 85 kerusi di Istanbul - ibu negara Turki - pada pilihan raya umum itu.
http://malaysiakini.com/news/167347
No comments:
Post a Comment