Monday, June 27, 2011

Menteri bimbang salahguna maahad sebar JI

Menteri bimbang salahguna maahad sebar JI
Norsyafinas Ahmah Sukri
Jun 22, 11
2:36pm

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyuarakan kebimbangannya terhadap penggunaan maahad atau sekolah agama untuk menyebarkan agenda kumpulan Jemaah Islamiah (JI).

NONEKatanya, penelitian polis mendapati memang wujud aktiviti sedemikian untuk merosakkan pemikiran pelajar sekolah.

"Kita bimbang ia ulangi peristiwa tak baik seperti Al-Maunah," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis penyerahan zakat perniagaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, tiga sekolah agama di seluruh negara ditutup selepas dikesan menyebarkan fahaman Salafiah Jihadiah iaitu merekrut pelajar untuk terlibat dalam kegiatan militan Jemaah Islamiah (JI) bagi melancarkan jihad perang ke atas kerajaan yang didakwa tidak Islamik.

Jamil Khir berkata, tindakan penyalahgunaan sekolah terbabit oleh golongan terbabit boleh mengelirukan umat Islam.

"Penggunaan sekolah (sepatutnya) untuk melahirkan modal insan manusia yang memahami ilmu secara garapan yang benar, perkara ini (sebaliknya) berlaku secara tidak baik," katanya.

Noordin Mohammed Top terror suspect JI indonesia hideoutJamil Khir turut menegaskan bahawa pihak berkuasa agama dan polis konsisten memantau perkembangan yang menyentuh soal keselamatan negara dan agama, terutamanya yang melibatkan akidah.

"Pemantauan tetap berjalan antara pihak-pihak ini kerana antara polis dan jabatan agama Islam ada hubungkait yang begitu rapat.

"Inilah peranan utama yang dimainkan oleh pihak keselamatan negara termasuk jabatan agama," katanya.

Beliau juga menyatakan perkara tersebut merupakan soal keselamatan negara yang tidak boleh dipermainkan.


http://malaysiakini.com/news/167692

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...