Ugutan bunuh tindakan pengecut, kata BERSIH
Kow Gah Chie
Jun 23, 11
4:43pm
Jun 23, 11
4:43pm
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) membidas tindakan 'pengecut' dalang yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO itu Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pakatan Rakyat yang lain.
“Ini tidak boleh diterima, SMS is bukan sahaja mengancam nyawa tetapi berbaur hasutan perkauman,” kata Maria Chin Abdullah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.
“Biarlah berani ke depan dan berbincang dan bukan menjadi pengecut dengan menghantar SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman, kata Maria kepada wartawan selepas membuat laporan polis di pejabat Travers di Kuala Lumpur petang ini.
Maria juga mahu pengirim SMS itu memberhentikan tindakannya itu.
Sekurang-kurangnya enam laporan polis dibuat berhubung ugutan bunuh SMS yang diterima lewat malam semalam dan awal pagi ini.
Antara mereka yang membuat laporan adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat, timbalan ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ambiga dan juga ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya.
Ambiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS itu.
“Ugutan itu tidak akan menukar rancangan kita (untuk berhimpun),” kata Ambiga.
Namun kata Ambiga beliau dan anggota lain akan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka tidak terancam.
"Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan saya percaya polis akan dapat mengenal pasti pihak yang menghantar SMS itu kerana ada nombor telefon,"kata Ambiga.
SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.
“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.
“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."
Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

No comments:
Post a Comment