Monday, June 27, 2011

Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar

Lakaran Anwar di penjara dalam buku baru Zunar
Jimadie Shah Othman
Jun 24, 11
8:51am


Kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar menerbitkan buku terbaru, yang antaranya memuatkan lakaran wajahnya sendiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Zulkiflee, kerja seni "istimewa" dari koleksi peribadinya itu dilukis ketua pembangkang ketika merengkok dalam penjara Sungai Buloh pada Ogos 2001.

NONE"Dalam pada itu, sebagai menjawab soalan dari peminat mengenai di mana saya berkarya sebelum era reformasi, dalam buku ini turut dimuatkan 12 muka surat 'cartoonology' iaitu sejarah karya saya sejak tahun 1974," katanya.

Buku tersebut, Even My Pen Has a Stand (Hatta pen saya punya pendirian) merupakan buku keempatnya terbitan Kinibooks, anak syarikat kumpulan Malaysiakini.

Sebelum ini dengan syarikat yang sama, beliau menerbitkan Cartoons On Tun… and Others (2005), 1Funny Malaysia (2009) dan "Cartoon-O-Phobia (2010)."

Koleksi kartu politik dalam buku terbaru ini pernah disiarkan dalam laman web Malaysiakini dari September 2010 sehingga Jun 2011 dan dalam laman web antarabangsa Cartoonmovement.com.

NONETurut dimuatkan kali ini kartunnya yang dilukis ketika berada dalam lokap polis pada 24 September tahun lalu berikutan penerbitan buku Cartoon-O-Phobia, tambah Zunar.

Dalam kenyatannya semalam, Zunar berkata Even My Pen Has a Stand dipilih sebagai tajuk untuk menegaskan pendiriannya yang "akan terus melukis sehingga ke titisan dakwat terakhir" selepas ditangkap dan diugut.

'Saya ditangkap lagi'

"Pendirian saya jelas. Saya akan terus melukis kartun dan membongkar perlakuan rasuah kerajaan BN dan juga isu-isu penting lain seperti salah guna kuasa, kekejaman polis, pelanggaran hak asasi dan penyalahgunaan serta pembaziran wang rakyat," katanya.

Justeru, tidak hairan, isu-isu utama yang disentuh dalam buku itu berkaitan Altantuya Shaariibu, isu Scorpene, perdana menteri dan isteri, kenaikan tarik eletrik dan petrol, isu perkauman, kebangkitan rakyat Mesir, 'FLOM' dan pilihan raya Sarawak.

NONESebelum ini enam buku Zuhar diharamkan.

Buku-buku itu Gedung Kartun, Perak Darul Kartun, 1Funny Malaysia, Isu Dalam Kartun 1, Isu Dalam Kartun 2 dan Isu Dalam Kartun 3.

"Adakah saya akan ditangkap lagi kali ini? Saya tidak mempunyai jawapan untuk itu, tetapi (saya) ingin menasihati kerajaan Najib bahawa menangkap kartunis politik adalah satu tindakan tidak bertamadun," katanya.

Katanya, tangkapan dan ugutan terhadap kartunis Amerika Selatan atau Afrika sebelum kurun ke-19 adalah perkara biasa, tetapi dalam dunia moden sekarang, kartunis editorial diiktiraf sebagai ejen demokrasi.

NONE"Malah di Kazakhstan kartunis seperti Vladimir Kadyrbaev bebas mengritik kerajaan dan karyanya disiarkan dalam akhbar perdana!" katanya.

Buku baru itu setebal 104 muka warna penuh dan boleh turut diberi dalam talian dengan harga RM25.00 senaskhah.

Ia dijadual dilancarkan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara pada 2 Julai depan.

http://malaysiakini.com/news/167877

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...