Monday, June 27, 2011

Sijil lahir 'tanpa keturunan' pernah dikeluarkan

Sijil lahir 'tanpa keturunan' pernah dikeluarkan
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 22, 11
11:30am

Sesetengah sijil kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara daripada 1996-2000 tidak merekodkan keturunan kanak-kanak berkenaan.

Malaysiakini memperolehi tiga sijil kelahiran yang didaftarkan di Semenajung Malaysia pada 1996, 1998 dan 2000.

NONETidak seperti dokumen yang digunakan sekarang, sijil kelahiran berkenaan tidak mencatatkan bangsa dan agama seseorang kanak-kanak.

Maklumat wajib yang diperlukan adalah nama penuh kanak-kanak, tempat dilahirkan, tarikh dan masa kelahiran serta jantina.

Format sijil kelahiran yang dikeluarkan pada 2000 adalah sedikit berbeza dengan yang digunakan pada sekitar tahun 1990an.

Sijil yang dikeluarkan pada 1996 dan 1998 mencatatkan keturunan kedua-dua ibu bapa tetapi sijil 2000 mencatatakan bukan sahaja keturunan kedua-dua ibu bapa tetapi juga agama mereka.

Alasan bagi perbezaan format itu tidak diketahui dan Malaysiakini masih menunggu jawapan daripada JPN.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167664

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...