Jul 21, 11
5:54pm
Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.
"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasiki kawasan hospital),” katanya pada sidang akhbar petang ini.
Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.
Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan “layanan baik” mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.
Semua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.
Sesi tayangan dan taklimat selama sejam 30 minit itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, bagi menjawab salah laku yang didakwa dilakukan oleh polis.
Berdegil
Mengenai situasi di Stesen KL Sentral yang melibatkan naib presiden PKR Tian Chua, Salleh berkata, polis telah mengeluarkan sembilan kali amaran supaya penunjuk perasaan bersurai tetapi mereka berdegil dan terus melakukan provokasi.
''Rakaman video menunjukkan aksi-aksi provokasi Tian Chua terhadap pihak polis,'' katanya.
Dalam video tersebut juga menggambarkan tindakan provokasi yang dimulakan dahulu oleh Tian Chua dengan menyerang Light Strike Force (ISF) sebelum memaksa polis menyemburkan gas pemedih mata kepada beliau dan sekumpulan penyokong di KL Sentral.
"Kalau kita lihat polis tidak memulakan apa-apa. Kita menggunakan Standard Operation Procedure (SOP) kita sebelum tindakan diambil. Kita beri amaran sehingga sembilan kali dan mereka masih berdegil meneruskan perhimpunan, itu yang memaksa kita semburkan gas pemedih mata," katanya.
Secara keseluruhan, Salleh menegaskan, tiada sebarang kecederaan serius atau kematian yang dikaitkan secara langsung pada hari perhimpunan haram.
Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2.0 pada hari berkenaan.
Rakaman itu turut menunjukkan layanan baik polis terhadap pemimpin BERSIH termasuk pengerusinya Datuk S Ambiga, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Ada juga babak di mana polis memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada Nurul Izzah dan dalam video itu itu turut menayangkan keterangan ikhlas Hadi di Lapangan Terbang Terengganu bahawa beliau mengaku menerima layanan yang baik daripada polis kepada penyokong-penyokongnya.
Tidak digari
Video itu turut menayangkan bagaimana orang ramai ditahan dengan cara baik, diminta menunjukkan kad pengenalan diri dan beg, orang tua yang mengalami sakit pinggang dibantu polis untuk naik di atas kereta polis dan pertanyaan kepada tahanan dengan berhemah.
"Mereka juga tidak digari...Malah, mereka diberi kebenaran untuk menghubungi ahli keluarga...Kesemua yang ditahan juga dihantar ke pusat tahanan sementara di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan pelbagai persediaan dilakukan antaranya tempat menunggu (untuk proses dokumentasi) yang selesa, makanan dan minuman, tempat bersolat dan berwuduk," katanya.
Salleh berkata di Pulapol juga, terdapat pegawai perubatan di sediakan dengan katil yang selesa untuk rawatan dan terdapat juga pemeriksaan kesihatan.
Katanya, tidak cukup dengan itu, demi menjaga keselamatan tahanan juga polis menyediakan bas untuk menghantar kesemua tahanan itu pulang ke lokasi yang memudahkan mereka menggunakan pengangkutan awam.
Sehubungan itu, Salleh menasihati mana-mana pihak agar tidak memuat naik sebarang bahan atau artikel yang tidak menggambarkan situasi atau fakta sebenar perhimpunan haram berkenaan.
"Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyiarkan laporan dan dakwaan palsu.
"Jika terdapat rakaman yang menunjukkan pihak polis melakukan tindakan menyalahi SOP, sila tampil membuat laporan polis dan kita akan siasat. Mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar SOP akan dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/170638
No comments:
Post a Comment