Peserta BERSIH mahu saman NST, BH
Jimadie Shah Othman
Jul 21, 11
11:31am
Jul 21, 11
11:31am
Abdul Razak Endut yang dilabelkan sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 kini bercadang menyaman dua akhbar arus perdana New Straits Times dan Berita Harian yang didakwa memfitnahnya.
Peguamnya Ahmad Nizam Hamid (kiri) berkata, tindakan itu dijangka diambil dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi setelah pihak selesai menyediakan bukti dan dokumen berkaitan bagi tujuan itu.
"Selepas berita dan gambar itu disiarkan, Wartawan akhbar berkenaan ada menghubungi pihak kami. Tetapi tidak ada langsung minta maaf dan (mereka) masih hendak spin (pusing) cerita.
"Dia kata mahu sahkan bahawa gambar itu asli dan bukan diambil daripada (negara) Timur Tengah," kata Ahmad Nizam.
Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) pada 10 Julai - sehari selepas perhimpunan BERSIH - menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".
Tajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".
Abdul Razak (kanan) bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad Nizam memberitahu pihaknya belum menetapkan jumlah saman yang akan dituntutnya.

Bagaimanapun, secara berseloroh beliau menjawab: "Mungkin RM10 juta".
http://malaysiakini.com/news/170564
No comments:
Post a Comment