Bekas tahanan: ISA, EO lucutkan maruah manusia
Joseph Sipalan
Jul 22, 11
11:54am
Jul 22, 11
11:54am
Apabila Lim Chin Chin ditahan pada Operasi Lalang 1987, beliau langsung tidak menjangka apa yang bakal dilaluinya.
Aktivis masyarakat yang kini berkhidmat dengan All Women's Action Society (Awam), itu mengimbas semula pengalaman dua tahunnya dalam tahanan berkata maruahnya sebagai manusia habis dilucutkan.
Tahanan katanya, hilang identiti, mereka tidak tahu di mana mereka dan malah tidak mempunyai pakaian dalam untuk dipakai.
“EO (Ordinan Darurat) dan ISA tidak mempunyai tempat dalam masyarakat demokrasi. Tidak ada banyak bezanya kedua-dua undang-undang itu,” katanya pada sidang akbar anjuran Kumpulan Bertindak Bersama untuk Kesetaraan Jantina (JAG), semalam.
"Undang-undang ini melucutkan semua hak anda sebagai manusia. Mereka tidak panggil anda dengan nama sebaliknya dikenali dengan nombor.
"Anda juga tidak tahu pada sebahagian besar masa di mana anda berada. Adakalanya anda dipimpin dan ada kalanya diheret. Anda diberi sesalinan pakaian dan seluar yang tidak mempunyai getah cerut dan anda bimbang ia mungkin terlondeh ataupun ditarik jatuh.
"Mereka juga tidak memberi anda pakaian dalam... mereka cuba merendahkan maruah anda dan hilang harga diri. Orang yang paling tabah dan kuat semangatnya pun boleh tunduk dengan tekanan sedemikian,” kata Lim.
Merujuk perkembangan sekarang, Lim berkata enam tahanan anggota Parti Sosialis Rakyat mengikut EO mungkin menghadapi keadaan yang sama.
Justeru, beliau menggesa keluarga, rakan-rakan dan orang ramai supaya meluahkan bantahan bagi menyokong pembebasan mereka.

Enam yang ditahan sejak 24 Jun lalu tanpa didakwa ataupun peluang membela diri adalah ahli parlimen Sungai Siput Jeyakumar Devaraj, A Letchumanan, M Sukumaran, Sarasvathy Muthu, Choo Chon Kai and Sarat Babu.
[Baca berita penuh]
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/170691
No comments:
Post a Comment