Pengurusan tertinggi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai dakwaan kononnya seorang penduduk tetap (PR) yang bertukar status kepada warganegara dalam tempoh empat jam, selewat-lewatnya hari ini. Menurut Pegawai Perhubungan Pelanggan JPN, Jainisah Mohd Noor, pihak pengurusan tertinggi Jabatan itu sedang bermesyuarat bagi membincangkan secara serius mengenai kontroversi tersebut.
“Pihak atasan sedang bermesyuarat tentang hal ini dan kami akan memberikan kenyataan akhbar (melalui emel atau faks) selewat-lewatnya hari ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Malaysiakini.com melaporkan mengenai data yang diperoleh di laman web JPN yang menunjukkan seorang individu bernama Mismah, berkad pengenalan 640704175238, telah memegang kad pengenalan ‘merah’ pada jam 11.30 pagi dan bertukar kepada ‘biru’ pada jam 3.00 petang semalam.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof membersihkan dakwaan yang melibatkan agensi tersebut dari dakwaan portal berkenaan dengan mendakwa bahawa kemungkinan kesilapan itu berpunca dari kecuaian teknikal JPN.
Menurut beliau, hanya rakyat Malaysia sahaja yang layak memohon untuk daftar mengundi manakala PR pula hanya dibenarkan sekiranya JPN meluluskan permohonan mereka sebagai warganegara Malaysia.
“Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz melalui sistem pesanan ringkas (sms) yang dipetik dari Malaysiakini hari ini.
Menurut pemantau mynewshub.my di laman web JPN pada jam 2.30 petang menunjukkan nombor kad pengenalan milik Mismah masih lagi berstatus warganegara dan berwarna biru berbanding ‘merah’ sebagaimana yang didakwa pagi semalam.
Selain itu, pada kira- kira jam 9.15 pagi tadi, petugas IT PAS Wilayah Persekutuan dan Titiwangsa berjaya mengesan 52 orang pemilih yang berstatus penduduk tetap di dalam Rang Daftar Pemilih suku ke-2 bagi tahun 2011.
Kemudiannya senarai tersebut dikeluarkan dan disemak di dalam sistem semakan MyKad dan MyPR Jabatan Pendaftaran Negara di alamat http://www.jpn.gov.my/semakic/ dan mendapati kesemua 52 orang tersebut berstatus Permastautin Tetap atau PR.
Senarai status penduduk tetap yang di kesan itu ialah, 28 nama di parlimen Titiwangsa, Segambut (5), Batu (8), Wangsa Maju (4), Bandar Tun Razak (1), dan Lembah pantai (6).
“Petugas IT PAS wilayah terus mencetak atau “print screen” semua gambar kad penduduk tetap tersebut daripada sistem semakan JPN dan menyertakan senarai nama dan dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pendaftaran Negara (SPR) Wilayah Persekutuan di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Raja Muda Abd Aziz untuk tujuan bantahan.
http://www.kl-today.com/2011/08/isu-mismah-jpn-akan-jawab-petang-ini/
No comments:
Post a Comment