Thursday, August 4, 2011

PSM6 mengaku tak salah, mohon dibicarakan

PSM6 mengaku tak salah, mohon dibicarakan
Susan Loone
Ogos 3, 11
11:12am

Enam aktivis PSM yang dibebaskan daripada tahanan mengikut Ordinan Darurat minggu lalu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memiliki dokumen subversif tanpa alasan sah.

Pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pertubuhan 1966 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Aktivis yang dikenali sebagai 'PSM 6' itu juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) kerana didakwa memiliki dokumen 'subversif'.

azlanHakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan jaminan pada RM8,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan kes bermula 10 hingga 14 Oktober ini.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan aktivis PSM yang lain iaitu Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, serta A Letchumanan.

Mereka akan dibicarakan bersama 24 aktivis PSM lain yang telah didakwa sebelum ini.

Tuduhan sama

Menurut peruntukan Seksyen 48, mana-mana orang yang didapati bertindak bagi pihak ataupun mewakili sesebuah pertubuhan haram dengan membawa bersama mereka 600 salinan risalah boleh dihukum maksimun lima tahun penjara ataupun denda RM5,000, atau kedua-duanya.

Sementara Seksyen 43 pula memperuntukkan seseorang yang menjadi ahli, menghadiri mesyuarat atau membantu sebuah pertubuhan haram boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

NONETuduhan yang sama juga dikenakan ke atas 24 aktivis lain yang dithana di Sungai Dua, Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke program jelajah 'Udah Bersaralah' pada 25 Jun lalu.

Semua 30 aktivis itu pada mulanya dituduh cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi ia kemudiannya digugurkan. Mereka didakwa pula menjadi ancaman kepada kenteteraman awam.

Polis kemudian mendakwa keenam-enamnya ditahan kerana “peranan utama” mereka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Semua mereka dibebaskan pada 29 Julai.


http://malaysiakini.com/news/171843

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...