Ogos 3, 11 5:39pm
Pendedahan demi pendedahan berhubung "penipuan" berkaitan daftar pemilih sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa pihak terbabit mempunyai akses kepada rekod di Jabatan Pendaftaran Negera (JPN), kata setiausaha PAS Selangor.
Mohd Khairuddin Othman (kanan) berkata, PAS Selangor mempunyai bukti jelas dalam bentuk cetakan berhubung status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web JPN, yang didakwa diubah dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
"PAS Selangor menyatakan bahawa ini adalah isu keselamatan negara yang mesti dijawab oleh perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada rakyat yang mula bimbang dengan keadaan ini," katanya.
Sehubungan itu, Khairuddin berkata, PAS Selangor mendesak diwujudkan suruhanjaya diraja yang bebas dan tidak diragui rakyat supaya pihak terlibat didedahkan dan diambil tindakan undang-undang.
"PAS Selangor menyatakan bahawa perkara ini telah menghakis keyakinan rakyat terhadap proses pilihanraya di Malaysia khususnya Daftar Pemilih Induk (DPI) yang akan digunakann dalam pilihan raya kelak," kata Khairuddin.
Beliau juga berkata kesemua perkara itu mesti dijelaskan kepada rakyat sebelum plihan raya Umum ke-13 di samping penggunaan 'dakwat kekal' perlu dikuatkuasakan serta-merta tanpa berdolak dalik.
Sementara itu, Khairuddin juga mendakwa menjumpai 'penemuan menarik' dalam semakannya apabila mendapati seorang berbangsa Indonesia berumur 27 tahun dikatakan memiliki kad pengenalan warganegara dengan kod 71 (penduduk tetap kelahiran luar negara).
"Jika sekiranya ia dilahirkan di Malaysia, maka sudah tentu kod yang dinyatakan pada kad penegenalan tersebut adalah kod negeri kelahiran.

"Jika benar ia diilahirkan di luar Malaysia, mengapa orang ini memiliki keistimewaan sehingga ia memiliki kad pengenalan biru di usia seawal 27 tahun?" soal Khairuddin lagi.
http://malaysiakini.com/news/171905
No comments:
Post a Comment