There was an error in this gadget

Thursday, August 4, 2011

SPR tukar status 'Mismah' dalam draf senarai pemilih

SPR tukar status 'Mismah' dalam draf senarai pemilih
Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 3, 11
3:43pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengubah status Mismah, yang namanya telah dimasukkan dalam draf senarai pendaftaran pemilih.

Ini berdasarkan kepada semakan pada sistem pengesahan dalam talian SPR pada jam 2 petang hari ini.

NONE'Status rekod' (rujuk rajah) menyatakan permohonannya untuk mendaftar sebagai pengundi adalah 'dalam proses pengesahan daftar pemilih'.

Namanya terdapat dalam draf daftar pemilih tambahan yang telah dibuka untuk penelitian awam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, ketika dihubungi, menjelaskan bahawa tempoh bantahan berakhir semalam.

"Mereka yang tidak menerima apa-apa bantahan akan diwartakan (sebagai pengundi). Mereka yang menerima bantahan akan tertakluk kepada proses pengesahan," katanya.

Sewaktu proses tersebut, siasatan awam akan diadakan untuk mendengar kedua-dua pihak - bakal pengundi dan pengadu.

NONESemalam Malaysiakini mendapati Mismah telah dikategorikan sebagai seorang penduduk tetap (PR) dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sistem pengesahan JPN dalam talian, yang membolehkan pengguna untuk menyemak status individu, menunjukkan Mismah adalah pemegang MyPR kad No 640704715238.

Kira-kira empat jam selepas laporan itu disiarkan semalam, status Mismah dalam sistem pengesahan dalam talian JPN, telah 'dinaik taraf' kepada warganegara.

Abdul Aziz, ketika dihubungi kemudiannya, berkata ia mungkin berpunca daripada kecuaian teknikal di pihak JPN, serta menegaskan bahawa hanya warganegara layak didaftarkan sebagai pengundi.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/171887

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...