There was an error in this gadget

Thursday, August 4, 2011

Pendakwaan: EO6 mohon bicara

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Enam aktivis PSM yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dan dibebaskan ada 29 Julai lalu telah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Menurut Malaysiakini, kesemua mereka didakwa kerana memiliki dokumen subversif.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan ataupun pertuduhan pilihan Seksyen 48 (1) akta yang sama.

Aktivis yang dikenali sebagai 'PSM 6' itu juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) kerana didakwa memiliki dokumen 'subversif'.

Hakim Kamal Hisham Mohd Tajuddin menetapkan jaminan pada RM8,000 setiap seorang sementara menunggu perbicaraan kes bermula 10 hingga 14 Oktober ini.

Keenam-enam mereka adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan aktivis PSM yang lain iaitu Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, serta A Letchumanan.

Mereka akan dibicarakan bersama 24 aktivis PSM lain yang telah didakwa sebelum ini.

Menurut peruntukan Seksyen 48, mana-mana orang yang didapati bertindak bagi pihak ataupun mewakili sesebuah pertubuhan haram dengan membawa bersama mereka 600 salinan risalah boleh dihukum maksimun lima tahun penjara ataupun denda RM5,000, atau kedua-duanya.

Sementara Seksyen 43 pula memperuntukkan seseorang yang menjadi ahli, menghadiri mesyuarat atau membantu sebuah pertubuhan haram boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Tuduhan yang sama juga dikenakan ke atas 24 aktivis lain yang dithana di Sungai Dua, Pulau Pinang ketika dalam perjalanan ke program jelajah 'Udah Bersaralah' pada 25 Jun lalu.

Semua 30 aktivis itu pada mulanya dituduh cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong tetapi ia kemudiannya digugurkan. Mereka didakwa pula menjadi ancaman kepada kenteteraman awam.

Polis kemudian mendakwa keenam-enamnya ditahan kerana “peranan utama” mereka pada perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Semua mereka dibebaskan pada 29 Julai.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4694-pendakwaan-eo6-mohon-bicara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...