Sunday, September 21, 2008

Pokok panas buat ubat tahan sendiri




WASHINGTON - Penyelidik Amerika Syarikat mendapati tumbuhan yang mengalami situasi tekanan teruk akibat kemarau boleh menghasilkan bahan kimia seperti ubat aspirin.

Ia seumpama gas yang mampu menjana zat protein pada sistem pertahanan biokimia pokok tersebut serta merawat luka dalaman, kata saintis Pusat Penyelidikan Atmosfera Kebangsaan di Colorado.

Ketuanya, Thomas Karl dalam jurnal Biogeosciences berkata, kimia methyl salicylate ibarat isyarat amaran malah pokok kurang meresap gas karbon dioksida ketika cuaca terlalu panas.

Penemuan di ladang kekacang di California itu juga selari dengan kajian Institut Penyelidikan Gurun Nasional di Nevada yang mendapati gas oksigen kurang dibebaskan pokok ketika suhu kering. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...