NEW YORK - Sebuah badan marin antarabangsa, Oceana memberi amaran ancaman kepupusan ikan tuna spesies sirip biru yang juga digelar sebagai harimau laut kerana sifatnya.
Pengarah lembaga Oceana, Ted Danson mendedahkan, nilai seekor ikan itu yang seberat 635 kilogram kini mahal macam logam emas namun ramai pula sanggup membelinya pada harga sehingga £125 (kira-kira RM788) sekilogram.
Musim panas ini, Oceana melancarkan kempen dan sebuah bot penyelidikan baru, MarViva Med dikhususkan menyelamatkan tuna itu atau nama saintifiknya, Thunnus thynnus.
Populasi spesies yang menetas 30 juta telur setiap musim dan dianggap menu sushi elit di restoran masakan Jepun kini didapati merosot di Lautan Atlantik sejak 1990-an. - Agensi
http://www.kosmo.com.my/

No comments:
Post a Comment