Sunday, November 7, 2010

Bercerai elak lebih parah

SEREMBAN: “Perceraian disifatkan jalan terakhir dan terbaik bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku seandainya pasangan berkenaan masih gagal dalam perbincangan atau rundingan,” kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal.

Beliau mengulas penderitaan seorang suami malang yang menghadapi masalah rumah tangga apabila isterinya didakwa bermain kayu tiga dengan Awang Hitam sejak sekian lama.

Menurut Noor Aziah, setiap perkahwinan sememangnya akan mengalami keretakan jika wujud kehadiran pihak ketiga melalui jalinan hubungan intim sama ada oleh si suami atau isteri.

“Bagi kes ini, isteri lelaki berkenaan secara jelas masih mempunyai sikap sama iaitu menjalin hubungan dengan orang ketiga, sekali gus menimbulkan isu tidak setia di dalam kehidupan rumah tangga mereka.

“Walaupun si suami sudah merujuk atau berkahwin semula dengan bekas isterinya, ia seolah-olah tidak bermakna kerana permasalahan sama masih berlaku berpunca daripada sikap tidak setia wanita terbabit.

“Keadaan itu menunjukkan wanita berkenaan sememangnya tidak mahu lagi hidup bersama lelaki terbabit,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad di sini, semalam. Beliau berkata, setiap masalah bagaimanapun mempunyai jalan penyelesaian yang bergantung kepada setiap individu untuk melaksanakannya dan membuat keputusan akhir.

“Pasangan suami isteri itu perlu mengatur masa paling sesuai untuk sama-sama melakukan perbincangan atau rundingan berkaitan permasalahan dan rasa tidak puas hati yang berlaku antara kedua-dua pihak.

“Jika masih gagal menemui kata putus, mereka boleh merujuk perkara berkenaan kepada pakar kaunseling atau mahkamah untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Berceraielaklebihparah/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...