Monday, November 15, 2010

Bunuh Sosilawati: Rayuan Sarawanan 25 Nov

Nov 15, 10 12:03pm


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 25 Nov ini untuk mendengar rayuan pekerja ladang K Sarawanan yang dipenjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pada tarikh itu juga hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki akan membuat semakan terhadap hukuman itu yang dijatuhkan ke atas Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang U Suresh.

Pada 15 Okt lalu, Sarawanan, 19, dan Suresh, 26, dihukum penjara tujuh tahun oleh mahkamah majistret Teluk Datok Banting selepas mengaku bersalah atas tuduhan menggangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, dan tiga rakannya.

Mereka ialah pemandu jutawan itu Kamaruddin Shamsudin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting, sementara Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 31 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof, Saiful Edris Zainudin dan Idham Abdul Ghani, manakala Sarawanan diwakili peguam AS Dhaliwal dan Suresh diwakili peguam M Puravelan.

- Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...