Thursday, November 11, 2010

TBM percepat projek salur air mentah Pahang ke Selangor


PETER CHIN (duduk di tengah) dan para pekerja bergambar di hadapan mesin pengorek terowong TBM3 di Hulu Langat semalam.


HULU LANGAT - Kerajaan yakin projek penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor akan siap dalam tempoh yang ditetapkan iaitu menjelang pertengahan tahun 2014.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, penggunaan mesin pengorek terowong khas atau Tunnel Boring Machine (TBM) berupaya mempercepatkan kerja-kerja mengorek terowong penyaluran air itu.

"Kita harap ia dapat siap seperti yang dijadualkan kerana mesin tersebut mampu mengorek sejauh kira-kira satu kilometer sebulan," katanya pada majlis pelancaran TBM 3 di sini semalam.

Mesin pengorek bernilai RM68 juta yang dilancarkan itu akan mula beroperasi pada 22 November ini.

Peter Chin berkata, projek itu bertujuan memenuhi peningkatan permintaan bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1111&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...