Jan 3, 11
1:40pm
Kumpulan itu yang diwakili oleh presidennya, Muhammad Nasir Abu Bakar menyerahkan memorandum itu pegawai media menteri besar, Tuan Nazuli Tuan Ismail.
Mengulas perkara itu, kemudian, Khalid berkata beliau “tiada masalah' bagi melantik mana-mana pemimpin tanpa pertalian politik ke jawatan canselor.
"Tidak pernah disebut nama sesiapun untuk jawatan canselor, malah nama (presiden PKR) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) sekalipun," katanya.
Pagi tadi, bertindak atas khabar angin, kononnya seorang pemimpin tertinggi PKR akan dilantik sebagai naib canselor yang baru, lima pelajarnya meluahkan bantahan mereka kepada menteri besar Selangor berhubung perkara itu.
Muhammad Nasir berkata pihaknya menolak pelantikan canselor pusat pengajian tinggi itu yang berlatakbelakangkan pengaruh politik sama ada dari BN ataupun Pakatan Rakyat.
Sambil mendakwa memegang prinsip untuk bebas bersuara dan menyatakan pandangan, idealisme dan hak mereka sebagai 'third force' sekumpulan pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) mahukan tokoh akademik Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim sebagai canselor mengantikan Datin Seri Rosmah Mansor.
“Seluruh mahasiswa Unisel telah bersetuju memilih ahli akademik selaku canselor baru Unisel dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan ahli politik dalam melantik canselor baru.
“Antara sebab lain pelantikan beliau (Khoo) adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara,” kata Muhammad Nasir pada sidang media di Shah Alam.
Sebelum ini timbul ura-ura bahawa sama ada presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ataupun bekas timbalannya, Syed Husin Ali akan dilantik sebagai canselor baru.
Menurut Muhammad Nasir pihaknya telah mengumpulkan kira-kira 500 tandatangan bagi menyokong perkara itu dan berharap pihak pentadbiran seharusnya berlapang dada dalam menerima kritikan dan pandangan dari mahasiswa khususnya untuk membaiki masalah yang sedia ada.
Pada 20 November lalu, Rosmah mengumumkan pengundurannya bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program PERMATA dan pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
http://malaysiakini.com/news/152251
No comments:
Post a Comment