Wednesday, July 13, 2011

BERSIH:PBB TURUT KECAM TINDAKAN NAJIB

POSTED BY ADMIN ON JULY 12TH, 2011

Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) menyelar Malaysia kerana menggunakan pendekatan keras bagi menangani perhimpunan aman anjuran Bersih Sabtu lalu.Frank La Rue (gambar), pelapor khas PBB mengenai hak kebebasan bersuara berkata, tindakan pihak berkuasa Malaysia mengisytihar perhimpunan itu sebagai haram, menutup bandaraya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan, menunjukkan Malaysia memperlekehkan proses demokrasi.

PBB menegaskan Malaysia yang turut menggangotai Majlis Hak Asasi Manusia telah ‘mengehadkan kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan’.

Pakar hak asasi manusia PBB melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan ganas pihak polis meleraikan peserta perhimpunan, termasuk melepaskan gas pemedih mata dan menyebur air kimia berasid kepada orang ramai.

Malah tindakan ganas itu turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menganggotai majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan kritikan ekoran undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menyukarkan peluang ia dipilih semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan pihak berkuasa bertindak ganas terhadap orang ramai Sabtu lalu, meskipun rakaman video di internet menunjukkan sebaliknya.

Dalam perhimpunan itu, lebih 1,600 orang ditangkap pihak berkuasa.

Kecaman oleh PBB ini dilihat sebagai satu impak besar ke atas kepimpinan BN di negara ini. Kedudukan Malaysia sebagai salah satu negara yang menduduki kerusi PBB bagi Hak Asasi Manusia dijangkakan mendapat tentangan negara-negara moden dan demokrasi.

Pakar-pakar hak asasi manusia PBB melahirkan pendirian tidak senang dengan penggunaan air berasid dan gas pemedih oleh pihak berkuasa keselamatan ke atas penunjuk perasaan aman, yang turut membawa kepada kecederaan dan satu kematian, kata pesuruhjaya tinggi hak asasi manusia agensi itu dalam satu kenyataan dari Geneva lewat malam tadi.

Malaysia dipilih menduduki majlis itu tahun lalu tetapi berhadapan dengan kritikan ekoran penggunaan undang-undang penahanan pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri dan perkembangan semasa boleh menjejaskan peluang ia dipilih semula menganggotai badan itu pada 2013.

Bukan itu sahaja, kerajaan pimpinan Najib juga dikecam kerana seringkali menolak nasihat dan pandangan Suruhanjaya Hak Asasi manusia (Suhakam) yang ditubuhkan sendiri oleh kerajaan untuk melihat isu-isu berkaitan hak asasi kemanusiaan di negara ini. Ramai melihat penubuhan Suhakam hanyalah sebagai satu platform bagi kerajaan BN bagi menunjuk-nunjuk di dunia bahawa hak asasi manusia di negara ini sudah terjamin.

Tindakan ke atas Bersih pada Sabtu lepas telah menyebabkan seorang pesertanya terkorban.


http://www.kl-today.com/2011/07/bersihpbb-turut-kecam-tindakan-najib/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...