Jul 12, 11
5:55pm
Hadir bersama pemimpin Pemuda PAS, beberapa saksi kejadian tampil menceritakan pengalaman mereka kepada suruhanjaya itu.
Menurut seorang pembantu doktor Abu Bakar Abdul Rahman, dalam perhimpunan itu, beliau menyaksikan sendiri berlakunya polis menyalahgunakan kuasa mereka.
Dengan sebak, pengamal perubatan itu berkata, terdapat peserta yang sedang "bersujud" di atas jalan raya ditendang oleh polis dengan sengaja.
“Saya tidak nampak apa kesalahan yang dia buat, saya rasa dia (polis) hilang ingatan masa itu,” dakwanya.
Dakwanya, beliau juga melihat beberapa peserta perhimpunan yang dibelasah sehingga patah kaki dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada polis.
Minta nyawa
Sementara itu Pengerusi Angkatan Warga Aman Malaysia (AMAN) Rajaretinam Armuggan pula menceritakan detik-detik terakhirnya berada di sisi Baharuddin Ahmad yang dilaporkan meninggal dunia selepas hadir ke perhimpunan itu.
"Saya nampak dia pegang dada dia. Ada dua pegawai polis di depan. Saya merayu tapi mereka menolak untuk bercakap (dengan saya)," katanya.
"Kesilapan saya tidak ambil nombor (baju) polis tersebut."
Seorang lagi saksi Nurpais Ismail mendakwa pihak polis melemparkan banyak tembakan gas pemedih mata ketika orang ramai berkumpul di Masjid Jamek sehingga menyebabkan seorang warga emas sesak nafas.
"Ada mak cik, pak cik, saya lihat ada seorang mak cik seolah-olah meminta nyawa (sukar bernafas)," katanya yang turut ditahan polis tanpa dimaklumkan kesalahan yang dilakukan.
Sementara seorang peguam PAS Mazwan Johar yang bertugas memantau keadaan di balai polis Jinjang pada Sabtu lalu mengesyaki polis ingin menyembunyikan sesuatu apabila kebanyakan mereka memakai jaket yang menutup nombor bajunya.
Halang kebebasan agama
"Jaket tersebut menutup tanda nama dan pangkat mereka. Kami sebagai peguam yang tahu apa yang perlu dibuat pun, tidak dapat berbuat apa-apa (sebab tidak tahu identiti polis itu)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Malaysia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi mendakwa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan "kekerasaan yang tidak munasabah" untuk menyuraikan peserta.
Beliau juga mendakwa, tindakan polis menghalang peserta perhimpunan memasuki dua masjid utama di Kuala Lumpur - Masjid Negara dan Masjid Jamek - menghalang kebebasan beragama seperti dijamin dalam perlembagaan.
"Masjid Jamek dan masjid negara telah dikunci oleh pihak polis. Mereka (peserta himpunan) terpaksa sembahyang di kaki-kaki lima, di bawah pokok seperti keadaan di luar negara," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan menyerahkan memorandum kepada Suhakam yang mendakwa polis menafikan akses peguam kepada peserta yang ditahan.
Memorandum enam helai itu diterima oleh Naib Pengerusi Suhakam Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee. Kira-kira 50 penyokong PAS dan aktivis NGO turut hadir memberikan sokongan.
http://malaysiakini.com/news/169739
No comments:
Post a Comment