Wednesday, July 13, 2011

PAK LAH AKUI IMEJ KERAJAAN NAJIB TERJEJAS

POSTED BY ADMIN ON JULY 12TH, 2011

Tun Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa imej pentadbiran Najib boleh terjejas ekoran perhimpunan Bersih Sabtu lalu — kedua sejak akhir 2007, tetapi beliau masih yakin kerajaan akan dapat memperbaiki kesan.Ketika bercakap pada sidang media di sini hari ini, bekas perdana menteri berkata kerajaan sentiasa bersedia melakukan apa sahaja untuk memperbaiki keadaan negara.Malah beliau juga mengecam penganjur dengan berkata mereka tidak pernah membawa mana-mana satu daripada lapan tuntutan mereka ke Parlimen.

“Mungkin ada kesan (ke atas kerajaan), tetapi kerajaan kita peka… jika ada apa-apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki keadaan, mengapa tidak? Mereka akan melakukan,” kata Abdullah

Perhimpunan pertama pada 2007 ketika era Abdullah juga diadakan dengan tujuan sama, menuntut pembaharian pilihan raya yang adil dan bersih.

Abdullah bercakap kepada wartawan selepas merasmikan Forum Perlancongan Dunia Islam di Kuala Lumpur pagi ini.

Tun Abdullah menjelaskan beliau memang ada berjumpa dengan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, bagi mengingatkannya bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat kenyataan penting dan beliau mesti mematuhinya.

“Saya mahu berjumpa dia kerana saya mahu mengingatkan dia yang Agong telah membuat satu kenyataan penting berkenaan isu ini, dan dia sebagai seorang rakyat Malaysia mesti mematuhi perkara itu.

“Saya turut meluahkan pandangan saya bahawa mereka tidak sepatutnya mengadakan perhimpunan tersebut kerana ia akan menyebabkan banyak masalah. Saya tidak berjumpa dia semenjak itu (dan) tidak berkata apa-apa lagi,” katanya.

Tambahnya, beliau yakin kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) jika tuntutan mereka menjadi kepentingan orang ramai.

“Kerajaan kita sensitif. Jika sesuatu boleh dilakukan untuk kebaikan, kenapa tidak? Mereka (kerajaan) akan lakukannya,” katanya.

Pergerakan BERSIH 2.0 diterajui 62 NGO dengan tujuah mengadakan satu perhimpunan sebelum petisyen mereka kepada Yang di-Pertuan Agong supaya campur tangan dalam memulakan reformasi sistem pilihan raya negara.

Petisyen itu akan mengusulkan beberapa permintaan. Antaranya:

  • Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21

  • Reformasi bagi sistem undi pos untuk para pengundi luar bandar

  • Penggunaan dakwat yang tidak dapat dipadamkan bagi mengelakkan undi berulang-kali

  • Capaian media aliran utama untuk parti pembangkang

  • Tempoh kempen minimum 21 hari

  • Kebebasan badan penguatkuasaan bertindak berhubung kesalahan pilihan raya

  • Menghapuskan rasuah pilihan raya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...