Saturday, July 9, 2011

Hingga jam 2.40, 126 nama sudah disahkan ditangkap

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Pasukan Peguam PAS telah merekodkan 133 nama dari lebih 300 yang ditangkap oleh polis sehingga jam 4 petang dengan Presiden PAS turut ditangkap.

Abdul Hadi bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar ditangkap di KL Sentral. Kedua-duanya mereka dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Sebelum itu, Salahudin dan Mahfuz juga ditangkap di KL Sentral dan dibawa ke Balai Polis Jinjang berhampiran Kepong.

Turut ditangkap adalah Pengerusi Bersih 2.0 Ambiga Srenavasan dan Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR.

Ramai pemimpin Bersih berada di Hotel Hilton, Kuala Lumpur termasuk Datuk Seri Anwar.

Nama yang paling awal direkodkan oleh Peguam PAS adalah Lokman bin Ramli yang ditangkap pada jam 10.20 pagi di Stesen LRT Masjid Jamek.

Mengikut pengumuman Bersih 2.0, perhimpunan akan berlangsung di Stadium Merdeka mulai jam 2 hingga 4 petang namun polis dan pihak berkuasa stadium tidak memberikan kebenaran untuk berbuat demikian.

Sekatan polis dibuat di seluruh Kuala Lumpur untuk menyekat peserta perhimpunan ini memasuki Kuala Lumpur namun sehingga kini kira-kira 50,000 peserta dikatakan berada di sikitar ibu kota dan sentiasa dikejar polis.

Pasukan terbesar yang berjaya bergabung adalah di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank iaitu kira-kira 30,000 peserta namun dipecahkan oleh polis dengan water canon dan gas pemedih mata.

Selain stesen LRT, turut menjadi pusat tangkapan polis adalah Masjid Jamek, Jalan Tun Sambanthan, Kampung Baru, KL Sentral, Bank Negara, LRT Taman Melati, Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka.

Sehingga kini dua tempat dijadikan pusat tahanan sementara oleh polis menurut mereka iaitu Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jalan Semarak dan Balai Polis Jinjang.

46 peguam bertugas untuk Pasukan Peguam PAS untuk membantu peserta perhimpunan Bersih 2.0 dengan diketuai sendiri oleh Haji Asmuni Awi dan Mohamed Hanipa Maidin pengerusi dan timbalan pengerusi Lajnah Guaman PAS.

Di samping PAS, Majlis Peguam menyediakan 120 peguam bagi membantu peserta perhimpunan kali ini.

Nama Yang Ditangkap menurut Pasukan Peguam PAS

Lokman bin Ramli

mahazir hashim

Mohd Zamri bin Mat Desa

Azizan bin Husin

Hj Salleh b Hj Ahmad

Mohd Isa b. Ahmad

Hj Yadi

Mohd Yusof Md Zain

Mohd Amizan bin Md Zain

Abd Wahab

Syed Abu Bakar Sakran bin Syed Abdullah

Hj Adnan Mat Isa

Roseli Man

Md Niakmat bin Dahlan

Zulhisyam

Md Arifin Abd Manaf

Shukri Naim

Nurul Ain bt Mohd Aqid

Siti Mastura bt Mohd

Sha Zaharah Syed Imam

Nur Ayuni bt Roslam

Hj Md Isa (Larut)

Hj Borhan

Raja Azlan Ismail Husin

Shahir

Salleh Ismail Talib

Muhamad Izwan Affandi bin Isahak

Nadzirah bt Ridzuan

Husna Rosli

Abd Latif Mohd

Mat Zai

Dato Dr Mahfoz Mohd

Nushi Mahfoz

Ust Ramlan Mahmud S/U Kemaman

Azman bin Sirun

Mohd Haris Azman

Mohd Hafiz Azman

Nor Azmi bin Abd Wahid

Nazni bt Ahmad Nazri

Nur bt Daud

Barzani bin Rosman

Ahmad Ali Nazmi bin Ab Rahman

Fahizar bin Abdullah

Abu Bakar Putih

Mohd Musaidyad Ibrahim

Mohd Alhadi Mohd Rashid

Mohd Al Amin

Zalman Mamat

M.Fauzi M.Sharif

Syarhan Hamaizi Abd Halim

Mamat Jusoh

Wan Suhairi

Khairul Aswan

Mohd Syamil

Dhiyaul Hanis bt Susterisno

Nor Fazreen Farid Azmeen

Nur Fidaiy Abd Samad

Zainab bt Bachok

Nor Alia Ahmad

Che Omar Bkt Gantang

Mohd Zabani bin Jaafar

Ahmad Fuad Hamzah

Zamri Hanif

Razman Zakaria

Hj Md Nor

YB Salahudin Ayub

Khairul Anuar Abas

Mohd Shahrul Helmi

Mohd Azwan Wahab

Wan Zawawi

Mohd Saud Said

Ahmad Khamis

Zaidi Nordin

Mohd Izadin Shah Isahak

Salim Saari

Shahnizan Arafi

Ahmad Sufian Abdullah

Zahman bin Mamat

Aisyah Abd Wahid

Zulkarnain Muhd

Ismail/Shahidan

Shahida Azman

Mohd Fauzi Mohd Sharif

Mohd Yusof Zakaria

Mohd Ikram Hakimi

Rosnah Zaharah

Ahmad Shairozi Atiqullah

Zulhasnan Ismail

Ishak Ismail

Norashikin

Siti Nor Atiqah Rowi

Fatin Najihah Abd Ghani

Mohd Yusof Ab Rahman

Salleh bin Ri

Fadhullah Aminuddin

Mohd Iazaq Farommi bin Hamad

Md Rosdi bin Ahmad Abu

Ishak

Hamid Salim

Ahmad Safwan bin Dihan

Abd Manan

Supian b Hassim

Mohd Najhan

Mohd Azlan

Syed Mohd Fitri

Mohd Asri Che Nawi

Hj Wan Ali Jusoh

Mariah Zakaria

Syamil Awang

Abd Manaf

Haq UIA

Mohd Yatim Ab Majid

Istina Ahmad Jafri

Che Razali Che Adam

Tajul Arifin bin Baharudin

Mohd Wafi Mohd Ramlan

Mohd Zaid Mohd Azlan

Nor Shafiqah Ismail

Ismail Tahir

Zakuan Husin

Mahyudin bin Sulaiman

Mujahid Amin bin Roslan

Umar Saifullah Abd Samad

Rozaina Hamzih

Norhana Muhidin

Mohd Samudin Mohd Sawian

Mohd Amir Amran

Nursyafiqah Amirah

Nursyarafana Amirah

Nor Sazillla Muhd Hatta

Azizah bt Samin

Abd Majid Mahamud


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4267-hingga-jam-240-126-nama-sudah-disahkan-ditangkap

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...