Saturday, July 9, 2011

LANGSUNG Bersih 2.0: Polis arah tangkap peserta himpunan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Polis memperhebatkan sekatan dalam usaha menggagalkan himpunan aman Bersih 2.0 dan diarahkan menangkap semua peserta.

4.48 pm: Jawatankuasa Bersih dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4.30 pm: Polis beserta trak FRU menembak air kimia ke arah orang ramai di KLCC, meskipun mereka mulai hendak bersurai.

4.20 pm: MP Shah Alam, Khalid Samad dikejarkan ke PPUM setelah cedera di kepala terkena tembakan peluru gas pemedih mata.

4.12 pm: Setakat ini, polis mengesahkan 672 orang telah ditangkap sehingga jam 3 petang.

4.05 pm: Polis mula berkasar dan menghalau petugas media daripada berada di kawasan tangkapan.

3.50 pm: Seorang peserta patah kaki akibat kekasaran polis di hadapan Hospital Tung Shin dan sedang dirawat oleh pasukan perubatan bertugas.

3.40 pm: Datuk Husam Musa kini tiba di Stadium Merdeka.

3.20 pm: Ngeh Ko Ham dan Sivarasa ditahan oleh polis.

3.12 pm: Lebih 3000 peserta kini berkumpul di hadapan hospital Tung Shin. 6 buah trak FRU sedang menanti. Peserta mahu menghala ke Stadium Merdeka.

3.07 pm: Polis terus menggempur peserta di Jalan Pudu menuju ke Jalan Bukit Bintang.

2.51 pm: Seorang pengiring DS Anwar cedera selepas dikasarii pihak polis dalam insiden di KL Sentral tadi.

2.47 pm: Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis.

Polis bagaimanapun melepaskannya selepas menyedari kad media yang dipakainya.


2.36 pm: Polis masih lagi menggempur peserta di kawasan Dataran Maybank Pudu. Peserta kini menuju ke Jalan Bukit Bintang.

Hujan lebat yang turun mengurangkan kesan gas pemedih mata.


2.30 pm: DS Anwar Ibrahim didakwa cedera terkena tembakan semasa berada di KL Sentral, sekarang brada di Hilton.

2.24 pm: Presiden PAS sedang menuju ke Dataran MayBank.

2.22 pm: Sebahagian peserta kini berlindung dalam bangunan stesen bas Pudu.

2.21 pm: Hampir 20 orang ditahan di Dataran Maybank selepas polis melepaskan gas pemedih mata.

2.06 pm: Peserta dari lebuh ampang sekitar 2000 kini memasuki Dataran Maybank.

2.03 pm: Menara MayBank - Polis sekali lagi melepaskan beberapa das tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

Hujan mula turun renyai2, peserta turut disembur air water cannon.


2.00 pm: Polis memulakan proses mengejar dan menangkap peserta himpunan di Dataran Maybank.

1.59 pm: Menara MayBank - Polis baru selesai memberi taklimat kepada anggota dan mengarahkan peserta ditangkap.

1.52 pm: Menara MayBank - Polis melepas tembakan gas pemedih mata kepada peserta himpunan.

1.47 pm: Mereka kini bergerak ke Masjid India selepas polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

1.45 pm: Tren tidak lagi berhenti di Masjid Jamek. Kawasan Dataran Merdeka lengang sementara helikopter masih berlegar-legar di udara.

1.43 pm:
Ambiga memaklumkan 10 anggota bersih akan pergi menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertuan Agong.

1.42 pm: Difahamkan Polis mengerahkan 30 000 anggota bertugas untuk melumpuhkan Bersih 2.0


1.40 pm: Dr Hatta Ramli mengetuai peserta di Maybank, laungan hancur-hancur BN, hidup rakyat bergema.

1.33 pm: Dua kumpulan penyokong bergabung menjadi satu di kawasan Petaling Street.


1.27 pm: Ambiga berkata, Bersih berterima kasih kpd PR kerana menyokong Bersih yang menerima berbagai tekanan dan ugutan dari Umno.

1.25 pm: Sidang akhbar Bersih sedang berjalan di Hilton Sentral. Hadir sama Tuan Guru Abdul Hadi, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Ambiga, Wan Azizah, Kamaruddin Jaffar, Syed Azman, Khalid Samad dan A. Samad Said.

Mereka melahirkan rasa kesal dan membantah tindakan keras kerajaan dan polis. Pak Samad berkata Sasterawan harus berada di tengah untuk membersihkan politik negara kearah demokrasi

1.20 pm: Jumlah tangkapan sehingga jam 12 tengah hari - 441 orang, 421 orang adalah lelaki dan 20 perempuan -PDRM

1.15 pm: Difahamkan seramai 9 orang peguam telah berjaya msk ke kawasan Stadium Merdeka dengan kerjasama polis.

12.54 pm: Dianggarkan 5 tembakan gas pemedih mata dilepaskan di Dataran Merdeka.

12.52 pm: Sedang berlaku kejar-mengejar antara polis dan orang ramai di Masjid Jamek.

12.50 pm: Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang.

12.40 pm: IPK KL memaklumkan 338 telah ditahan termasuk 321 lelaki 17 wanita. Mereka ditahan di sekitar DBKL, Istana Negara, Pasar Seni & Masjid Jamek

12.33 pm: Kumpulan dari Masjid Negara telah bergabung dgn kumpulan dari Pasar Seni menuju ke Dataran Merdeka.

12.31 pm: Kira-kira 100 orang peguam pemerhati memasuki jalan ke Stadium Merdeka dengan dikawal ketat polis dan FRU.

12.30 pm: "Dengan tangkapan polis ini, sahlah Malaysia sama kategori dengan Bahrain, Syria dan Libya," Datuk Kamaruddin Jaffar.

12.27 pm: Sekumpulan 30 orang ahli PAS Puchong ditangkap ketika sedang minum di Jalan Pasar, Pudu.

12.24 pm: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral.

"Saya belum dimaklumkan ke mana kami akan di bawa", kata Mahfuz kepada harakahdaily.

12.21 pm: 6 kereta polis dilihat sedang berkawal di hadapan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

12.20 pm: Polis nafi telah lepaskan gas pemedih mata kepada peserta himpunan di KLCC.

12.17 pm: Pasar Seni - Hampir 10 orang ditangkap dan dibawa menaiki trak. Kekecohan sedang berlaku.

12.15 pm: Sekumpulan peserta himpunan dilihat sedang berjalan dari KL Hilton menuju ke Masjid Negara.

12.12 pm: Polis bertindak tegas memastikan jejantas dari Stesen Pasar Seni ke Masjid Negara dikosongkan. Jumlah anggota polis dalam uniform yang pelbagai kelihatan semakin bertambah.

12.10 pm: 29 ditahan di Stadium Merdeka.

12.07 pm: Sebahagian peserta yang ditangkap dihantar ke Pulapol Jalan Semarak.

12.05 pm: Kira-kira 3000 sedang berhimpun di stesen KTM Kuala Lumpur.

12.03 pm: 4 remaja perempuan ditahan di Masjid Jamek.

12.00 pm: 9 trak FRU termasuk satu trak water cannon penuh dengan anggota menuju ke pusat bandar dari Jalan Loke Yew.

11.58 am: 21 ditahan di Jalan Hang Jebat, sekitar Pudu.

11.55 am: Lebih kurang 2000 berhimpun menyokong Bersih 2.0 di Federation Square, Melbourne.

11.52 am: Koresponden Bersih memaklumkan terdapat peserta yang dipukul oleh pihak polis di stesen KTM Kuala Lumpur.

11.45 am: Sumber polis 120 orang ditangkap setakat ini di masjid Kampung Baru.

11.40 am: Bandar Kuala Lumpur "dikunci", orang ramai yang terkepung ditangkap.

11.37 am: Menurut sumber polis 236 orang sudah ditangkap hingga jam 11 pagi.

11.35 am: 5 trak FRU water cannon dari Jalan Hang Tuah sedang bergerak menuju ke Stadium Merdeka.

11.30 am: Kumpulan perubatan Bersih dihalau oleh polis di stesen komuter.

11.25 am: Bernama nafi hantar SMS pembubaran parlimen.

11.20 am: Masjid Kg Baru - 34 lagi peserta himpunan ditanggkap dan dibawa ke Pulapol

11.12 am: Kampung Baru - Polis menahan semua orang yang turun di stesen Putra LRT Kampung Baru.

11.08 am: Polis mula memeriksa mereka yang berada di restoran dan gerai makan dan tangkapan rambang dibuat.

11.05 am: Masjid Jamek - Dianggarkan 300 peserta dihalau keluar dari stesen.

11.03 am: KTM Kuala Lumpur - Polis mengarahkan orang ramai yang tidak bertiket keluar dari stesen.

11.01 am: Stesen Hang Tuah (aliran Ampang) dan Maharajalela (Monorel) telah ditutup atas arahan polis. Tren tidak berhenti di stesen ini.

11.00 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menggempur masuk ke dalam stesen. Mereka memeriksa orang ramai yang terkepung di dalam.

10.58 am: KTM Kuala Lumpur - Polis menutup pintu masuk ke stesen. Ratusan sedang berkumpul di luar berhampiran bulatan Masjid Negara.

10.55 am: Dianggarkan jumlah tangkapan sehingga kini mencecah 300 orang.

10.50 am:
KL Sentral - Polis menahan beberapa orang di KL Sentral, mereka ditangkap sejurus keluar dari tren.

10.45 am: Masjid Jamek - Jumlah polis mula bertambah di sini. Mereka memeriksa beg yang di bawa oleh orang ramai.

10.40 am: KLCC - Polis mula menembak gas pemedih mata, orang awam dihalau tanpa sebab.

10.35 am: Brickfields - Ketua Pemuda PAS Gombak, Ust Sharhan Umaizi ditangkap berhampiran Bangunan YMCA.

10.30 am: Maju Junction - Lagi beberapa peserta himpunan ditahan.

10.25 am: Masjid Jamek - Polis manahan dan menyoal orang ramai secara rawak.

10.20 am: Polis mengesahkan seramai 21 orang telah ditahan sejak jam 9 pagi tadi.

10.15 am: Jalan TAR - Polis menghalau orang awam yang berada di sekitar jalan ini. Orang awam terpaksa akur kerana polis mengacukan cota ke muka mereka.

9.50 am: Masjid Negara - Sebahagian dari mereka kini berkumpul di ibu pejabat lama KTM.

9.45 am: Masjid Negara - Biarpun diberi amaran oleh polis supaya kawasan ini dikosongkan, namun sudah lebih 1000 penyokong sudah berhimpun di sini.

9.30 am: Kg Baru - 18 orang ditahan menjadikan jumlah ditahan di kawasan ini seramai 27 orang ditahan di sini.

9.20 am: Masjid Jamek - 7 orang ditahan. Orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

9.15 am: Maju Junction - 4 orang ditahan apabila polis menemui baju kuning di dalam beg dan kenderaan mereka.

8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.

8.37 am: Sogo - Anggota AMK Melaka menjadi yang pertama ditangkap.

8.00 am: Suasana di sekitar KL pagi ini masih lengang dengan beberapa jalan utama menuju ke KL ditutup.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4263-langsung-bersih-20-polis-arah-tangkap-peserta-himpunan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...