Saturday, July 9, 2011

Malaysiakini diserang DOS lagi

Malaysiakini diserang DOS lagi
Jul 8, 11 6:15pm

Seperti dijangkakan, Malaysiakini sekali lagi menjadi sasaran serangan penafian perkhidmatan (DOS) yang bermula sejak jam 5 petang ini.

Bagaimanapun, infrastruktur pelayan baru Malaysiakini mampu mempertahankan lamanweb itu dan memastikan ia terus dapat dilayari orang ramai.

Malaysiakini menjangka serangan akan berterusan dan bertambah rumit dan sengit dalam tempoh 24 jam ini.

"Menguruskan serangan DOS sebenarnya adalah pertarungan sumber dan taktik.

“Selepas serangan DOS semasa pilihan raya negeri Sarawak April lalu, kami melihat masalah itu dari semua sudut. Namun tidak ada cara yang 100 peratus bahawa kami dapat menangkis semua serangan,” kata ketua pegawai eksekutif Malaysiakini Premesh Chandran.

Namun, menurutnya, Malaysiakini akan terus memantau serangan itu dan mengambil langkah bagi memastikan orang ramai dapat terus mengikuti perkembangan terkini.

Jika perlu, Malaysiakini juga akan menyiarkan beritanya di platform wordpress dan blogspot serta memuat-naik laporan di Facebook Malaysiakini di www.facebook.com/malaysiakini

Sekiranya laman Malaysiakini disekat, orang ramai diminta mengikuti kami di Facebook untuk mengetahui alamat-alamat baru yang lain.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/169346

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...