Saturday, August 20, 2011

Gaji minimum jadi keutamaan bajet Pakatan

Gaji minimum jadi keutamaan bajet Pakatan
S Pathmawathy
Ogos 19, 11
2:27pm

Gaji minimum adalah antara isu yang akan diberikan keutamaan pada bajet alternatif oleh Pakatan Rakyat yang dijangka dikemukakan sebelum bajet negara 2012 dibentangkan pada Oktober ini.

pakatan pc on spr ban pondok panas 280409 dzulkefly ahmadPada sidang akhbar selepas mesyuarat ketiga jawatankuasa kerja gabungan itu, ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad berkata mereka sedang membincangkan angka yang sesuai untuk ditetapkan sebagai gaji minumum.

"Kita perlu dengan segera menangani isu gaji minimun; ini mesej penting bahawa gaji minimum mesti berdasarkan produktiviti,” katanya.

Katanya, inisiatif Pakatan tidak sama dengan tindakan kerajaan persekutuan yang cuba menangani jurang perbezaan pendapatan dengan menubuhkan Majlis Rundingan Gaji Minimum bagi mengkaji struktur upah.

Menurut Dzulkefly majlis yang diluluskan kerajaan baru-baru ini tidak masuk akal kerana ia adalah langkah terkebelakang yang hanya melewatkan pelaksanaan gaji minimum dalam erti kata yang sebenar.

“Apabila kita bercakap tentang gaji minimum, apa yang kita mahukan adalah termasuk produktiviti,” katanya.

Beliau berkata lambakan pekerja dari luar negara yang kebanyakannya mempunyai kemahiran yang rendah menyebabkan kualiti kerja di Malaysia turut rendah mutunya.

Menurutnya, jika masalah ini tidak ditangani segera, langkah kerajaan untuk mengkaji gaji minimum tidak memberi apa-apa kesan positif kepada pekerja Malaysia.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/173523

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...