Saturday, August 20, 2011

Pemuda PAS dedah 5 'nama jarang didengar'

Ogos 19, 11 12:52pm


Pemuda PAS hari ini mendedahkan lima lagi nama dalam senarai pemilih - yang menurutnya nama yang jarang didengar - dan meminta mereka tampil dan disemak untuk disahkan kesahihan mereka.

NONE"Oleh itu saya mohon kepada pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakan terhadap data tersebut," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.

"Di harap individu yang terbabit dapat menampilkan diri. Semoga kita semua dapat menjayakan konsep semak dan imbang terhadap data-data sah SPR," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini, akhbar Sinar Harian melaporkan telah mengesan enam pengundi yang didakwa oleh Pemuda PAS sebagai pengundi klon.

Lima nama yang dikemukakan oleh Suhaizan hari ini - yang menurutnya jarang didengar - untuk disemak ialah:

1. Jumaayah Bin Alus. Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 511122105834 dan 511122105754. Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500307105490 dan 500307105474. Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni: Identiti ini mempunyai dua kad pengenalan iaitu 500808015282 dan 500808015290. Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi: Identiti ini adalah pengundi pos. Nombor tenteranya adalah T373594 dan T375594. Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir: Identiti ini adalah undi pos dan memiliki dua nombor keanggotaan polis iaitu RF107781 dan RF107881. Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

NONE"Berdasarkan kepada lima data di atas maka adalah mirip kepada manipulasi kerana hampir mustahil ramai individu memiliki nombor kad pengenalan yang 83% sama bagi satu nama individu yang unik.

"Mungkin terdapat sebahagiannya kebetulan tetapi tidak mungkin semuanya kebetulan," katanya.

Dalam kenyataan tersebut, Suhaizan berkata, Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR.

"Enam data yang saya keluarkan hanyalah enam daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS.

"Kajian tahap satu telah pemuda PAS laksanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia.

"Maka langkah seterusnya adalah Pemuda PAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," tambahnya.

Mengulas laporan akhbar Sinar Harian itu, Suhaizan berkata, ia telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara ini.

"Keperihatinan rakyat ini sangat penting bagi membina suatu proses semak dan imbang dalam proses demokrasi di negara kita," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PAS juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Azhar Bin Ahmad, Besah Binti Mat dan Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing.

"Pengesahan mereka ini merupakan suatu usaha yang murni bagi mempastikan bahawa daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan raya benar-benar bersih. Keenam-enam individu ini seharusnya berbangga kerana mereka terpilih dalam proses semak dan imbang terhadap daftar pemilih sah SPR," katanya.

Oleh itu, tegas beliau, tidak timbul isu Pemuda PAS menuduh mereka mengundi dua kali kerana pihaknya sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah dilaporkan disebut oleh timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pada 24 Julai lalu," katanya.

Suhubungan, kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin tegaskan bahawa jika benar sesuatu kad pengenalan itu terdapat pengklonan maka lebih mudah berlakunya pengundian sebanyak dua kali.

"Semua ini mirip kepada manipulasi pilihanraya," tambahnya.


http://malaysiakini.com/news/173504

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...