Saturday, August 20, 2011

Pengerusi SPR: 'Dont put the gun in my head''

Ogos 19, 11 4:35pm

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia untuk bertemu dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) bagi membincangkan persoalan berhubung proses pilihan raya yang sering mencetuskan rasa tidak puas hati pihak berkenaan.

NONEPengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata SPR sudah pun menerima surat rasmi daripada BERSIH untuk mengadakan pertemuan dan pihaknya sedang menentukan masa dan tarikh yang sesuai.

"SPR mengalukan mana-mana pihak untuk datang berbincang, berkongsi pendapat 'but don't put the gun in my head' pula," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tiga isu utama bakal dibincangkan, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut apakah isu-isu tersebut.

"Apa jua isu mahupun permintaan, SPR sedia berbincang, tetapi jangan pula beranggapan semua cadangan dan permintaan itu akan diterima pakai," katanya.

Terdahulu, Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan wakil daripada Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (PROHAM) bagi membincangkan laporan PROHAM berhubung 'Human Rights and Electoral Reform'.

Beliau berkata hasil laporan itu antara lain mengenai pendaftaran pemilih secara automatik, penggunaan biometrik, undi pos dan tempoh berkempen juga penglibatan badan berkecuali bagi mengurangkan dakwaan bahawa SPR berat sebelah.

NONESementara itu, exco Proham, Datuk Dr Denison Jayasooria berkata PROHAM mencadangkan supaya kerajaan memberi keutamaan yang lebih kepada SPR terutamanya dari segi peruntukan kewangan dan penambahan petugas.

"SPR mempunyai tanggungjawab yang besar dan banyak sistem yang perlu diperbaiki dan itu memerlukan peruntukan yang tinggi," katanya.

Dr Denison berkata sekiranya SPR menghadapi masalah ia secara tidak langsung menjadi masalah kepada negara.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/173547

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...