Saturday, August 20, 2011

Mentega Golden Churn NZ saja tak halal

Posted by admin on August 20th, 2011

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan hanya mentega jenama ‘Pure Creamery Butter – Golden Churn Butter’keluaran syarikat Ballantyne Food Pty (New Zealand) tidak halal.Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat hasil perbincangan Jakim dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Jabatan Agama Islam Sarawak serta Jabatan Agama Islam Johor pada 8 Ogos lepas.
Sehubungan itu, Jakim menegur media yang menyiarkan maklumat atau memaparkan gambar produk selain keluaran syarikat beralamat di Allen Street Morrinsville 3340, New Zealand berkenaan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 19 Julai lepas, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu, yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis, sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA babi, menyebabkan industri makanan berkenaan terjejas.


http://www.kl-today.com/2011/08/mentega-golden-churn-nz-saja-tak-halal/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...