There was an error in this gadget

Friday, October 21, 2011

HIMPUN tiada kaitan dengan Zul Nordin, Ezam, Ibrahim Ali

HIMPUN tiada kaitan dengan Zul Nordin, Ezam, Ibrahim Ali
Penganjur ‘Himpunan Sejuta Umat’ yang dijadualkan Sabtu ini memberi jaminan majlis berkenaan tidak mempunyai kaitan politik ataupun akan digunakan bagi menyerang mana-mana kumpulan.

Dalam kenyataan media hari ini, pengerusi bersama, perhimpunan itu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung adalah tidak dibenarkan sama sekali.

NONE“Saya tidak akan membenarkan inisiatif ini dicemari dengan niat terselindung oleh mana-mana pihak dan akan membuat pendirian tegas.

“Isu ini adalah isu menyelamatkan aqidah Islam dan bukan isu politik untuk menyerang mana-mana pihak,” katanya.

Secara khusus, Mohd Azmi menjelaskan majlis berkenaan tidak ada kaitan dengan beberapa ahli politik yang kontroversial, termasuk ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa bgeliau akan berucap pada majlis tersebut.

“Zulkifli Nordin , Senator Ezam Mohd Noor dan (ahli parlimen Pasir Mas) Datuk Ibrahim Ali tidak terlibat dalam kepimpinan HIMPUN. Mereka juga tidak telibat dengan ucapan tokoh pada hari perhimpunan.

“Jika mereka mengeluar sebarang kenyataan berkait dengan perhimpunan , itu tidak mewakili HIMPUN,” katanya.

Menurut Mohd Azmi, isu yang akan disentuh adalah untuk menyelamatkan akidah Islam dan memberi penekanan untuk memupuk kefahaman dan kesatuan antara umat Islam.

Katanya lagi, pihaknya juga tidak akan membenarkan kumpulan tertentu atau golongan yang berkepentingan politik merampas agenda perhimpunan itu, mahupun melaga-laga antara kaum dan penganut agama lain.

[Baca berita penuh]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...