Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata dakwaan kononnya parti itu menjadi dalang penganjuran perhimpunan itu bersifat liar dan tidak berasas.
"Umno tidak ada kena mengena. Ini kerja NGO (badan bukan kerajaan)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mendakwa terdapat pihak tertentu cuba mempolitikkan perhimpunan itu dengan menuduh ianya program Umno yang kononnya cuba membangkitkan sentimen perkauman.
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata Umno bagaimanapun tidak menyekat anggotanya untuk menyertai perhimpunan berkenaan memandangkan ia diadakan di tempat bertutup dan mendapat permit polis.
"Ia tidak akan menimbulkan masalah berbanding perhimpunan jalanan atau demonstrasi yang tidak terkawal," katanya.
Perhimpunan yang bertemakan "Selamatkan Akidah" itu adalah anjuran bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam, institusi-institusi pendidikan, warga korporat, kelab-kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab-kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain-lain.
- Bernama
No comments:
Post a Comment