There was an error in this gadget

Friday, October 21, 2011

Kristianisasi jadi isu perhimpunan 22 Okt


Ahli parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau akan menimbulkan isu Kristianisasi ke atas orang Islam dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 22 Oktober nanti.

Beliau mendakwa, isu tersebut perlu dibangkitkan demi "memperkukuh ukhwah dan kesatuan Islam."

Isu berkenaan juga akan ditimbulkannya untuk "menangani isu murtad apabila timbul banyak isu dan serangan terhadap akidah umat Islam."

NONE"Saya akan rujuk beberapa kes termasuk cadangan penubuhan negara Kristian dan penglibatan gereja secara langsung.

"Sekarang gereja sudah berani terlibat dalam kes murtad. Dan kita ada bukti itu," dakwanya lagi ketika ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Ditanya sekiranya tindakan itu akan membangkitkan permusuhan antara penganut Islam dan Kristian, bekas pemimpin PKR itu berkata:

"Saya rasa sudah ada pihak pun yang mengapi-apikan isu agama ini untuk kepentingan politik mereka."

"Pada saya ini isu akidah umat Islam. Kalau kena pertahankan, kita pertahankanlah."

Bekas penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, salah satu bukti yang akan dikemukakannya berhubung kes Lina Joy.

PAS Selangor tidak senang

Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad berkata perkembangan itulah yang menimbulkan kebimbangan apabila perhimpunan tersebut dihadiri tokoh tertentu termasuk presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Khalid turut menjangka, bekas penyokong kuat Anwar, Mohd Ezam Mohd Nor, juga akan menyertai perhimpunan berkenaan.

PAS Selangor tidak senang dengan kehadiran pemimpin berkenaan yang dibimbangi "bertujuan menimbulkan buruk sangka dan salah faham di antara agama," kata Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam.

pakatan cij parliament pc 131108 khalid samad"Kalau kita baca dan dengar ucapan oleh orang tertentu maka nampak gaya itulah premis mereka.

"Kalau ia sebegitu ia bukan perhimpunan untuk mantapkan akidah umat Islam kerana caranya bukan dengan lagakan orang Islam dengan Kristian atau pihak lain," katanya dalam sidang media sebelum itu di parlimen.

Beliau turut mengingatkan penganjur supaya ambil kira perkara tersebut dan "jangan terpengaruh dengan permainan politik yang berlaku di negeri Selangor."

Khalid juga bimbang sekiranya sokongan ke atas kerajaan Selangor terjejas akibat isu yang ditimbulkan itu.

Tambahnya, PAS Selangor pada asasnya menyokong prinsip asas untuk mengadakan perhimpunan itu.

"(Tapi) kalau betul ada agenda untuk lagakan orang Islam dan Kristian, dan menimbulkan kesangsian di kalangan mereka, kemungkinan kita akan tarik diri," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/178926

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...