Friday, October 21, 2011

Tiada bantuan kewangan bagi Menu Rakyat 1Malaysia

Tiada bantuan kewangan bagi Menu Rakyat 1Malaysia

Restoran yang membekalkan Menu Rakyat 1Malaysia tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan kecuali publisiti bagi menjayakan program itu.

NONEAntara publisiti itu, menurut pengurus Restoran Ukhwah, Idris Sani Mukthar, ialah nama-nama resotoran yang terbabit dengan program itu akan disenaraikan di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, iklan di surat khabar dan dibekalkan dua sepanduk.

Walaupun harga makanan yang ditawarkan adalah rendah, Idris memberitahu Malaysiakini restorannya masih mampu meraih keuntungan harian sekitar RM300.

Selasa lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Restoran Ukhwah bagi memberi publisiti berhubung hidangan kos rendah yang ditawarkan.

najib 1malaysia menu 181011 01Pada keesokkannya, akhbar-akhbar memaparkan gambar Najib makan tengah hari dengan hanya berbelanja RM3 - untuk sepinggan nasi, dua ketul ayam sepotong daging, taugeh, dan 'poppadom'.

Menjelaskan harga rendah yang ditawarkan, pengurus perhubungan awam Koperasi Ukhwah yang memiliki rangkaian restoran itu berkata mereka membeli barangan runcit secara langsung daripada pasaran borong.

"Biasanya kita pergi terus ke pasar borong Selayang, (yang) lebih murah daripada pasar biasa," kata Nikmatul Azlan Mohd Said.

azlanMengulas keraguan berhubung harga makanan Najib dikatakan sebegitu rendah semasa sidang akhbar pada Selasa lalu, presiden Koperasi Ukhwah Datuk Rahim Baba mengakui bahawa harga sebenar makanan yang diambil oleh perdana menteri berharga RM4 sahaja.

Beliau juga menambah bahawa Najib mengambil seketul ayam tambahan.

"Mungkin surat khabar membuat kesilapan," katanya.

[Baca berita penuh]


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...